PERBINCANGAN E-PEMBAYARAN SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) BERSAMA BANK ISLAM

15 September 2022 | Satu sesi perbincangan berkaitan E-Pembayaran Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3) bersama Bank Islam telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM bertujuan membincangkan tentang pelantikan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai Acquiring Bank bagi E-Pembayaran Sistem E-Syariah Versi 3 serta perbincangan berkaitan Perjanjian Pembekal Gerbang Pembayaran yang bakal dimeterai oleh JKSM, MSWP dan BIMB.

Untuk rekod, JKSM telah mendapat kelulusan rekabentuk modul kewangan Sistem ESV3

daripada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan gerak kerja sedang diatur oleh Pasukan Projek bagi penggunaan e-Pembayaran di kaunter mahkamah syariah seluruh negara.

Pasukan projek seterusnya akan mengatur pertemuan dengan JKSN/MSN serta Pihak Bendahari dalam waktu terdekat bagi mendapatkan persetujuan penggunaan e-Pembayaran di JKSN/MSN.

Turut hadir di dalam sesi hari ini adalah Tuan Mohd Razalan bin Kamal (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM), Encik Mohammad Aliff bin Omar (Deposit Manager Corporate, Bank Islam Malaysia),Encik Zainul Hisyam Mat Darus (Solutions Manager, BIMB), Encik Muhammed Asyraf Imaduddin Bin Azhan (Bank Islam Malaysia), pegawai Unit Kewangan JKSM dan MSWP serta pasukan projek ESV3.

Last Updated on September 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah