PERBINCANGAN MEJA BULAT : “MEKANISME BAGI MEMPERCEPATKAN TATACARA PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN PERINTAH NAFKAH”

1 November 2022 : YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat : “Mekanisme Bagi Mempercepatkan Tatacara Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Perintah Nafkah” anjuran Bahagian Sokongan Keluarga JKSM.

Dua Sesi Pembentangan oleh Tuan Haji Fakhrul Azman bin Abu Hasan ( Peguambela dan peguamcara) dengan tajuk “Transformasi Penguatkuasaan dan perlaksanaan perintah nafkah” dan Tuan Hirman bin Ab Raub (Timbalan Pendaftar,Mahkamah Klang) dengan tajuk ” Tatacara Penguatkuasaan dan pelaksanaan Perintah Nafkah”.

Objektif utama RTD yang julung kali diadakan anjuran BSK JKSM ini adalah untuk membincangkan pendekatan Mahkamah Sivil dalam melaksanakan tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah serta tindakan-tindakan perlu jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah mempercepatkan tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah.

Keanggotaan perbincangan meja bulat ini terdiri daripada beberapa agensi dalam bidang perundangan seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Peguam Syarie dan ahli akademik dari universiti awam, Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai host.

Resolusi Perbincangan Meja Bulat: Mekanisme Mempercepatkan Tatacara Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah yang bersidang pada 1 November 2022 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah membincangkan dan bersetuju dengan resolusi seperti berikut –

1. Menyediakan dua (2) kertas konsep Arahan Amalan Mahkamah Syariah seperti berikut –

i. Penyelarasan kaedah penyerahan perintah nafkah secara kediri kepada bekas suami/bapa;

ii. Skala bayaran tunggakan nafkah oleh penghutang penghakiman.

2. Merancang dan memberikan latihan kepada Hakim-Hakim Syarie berhubung tatacara pengendalian kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.

3. Menyelaras dan menyeragamkan amalan pengendalian kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di seluruh Mahkamah Syariah.

4. Menyemak dan mencadangkan pindaan peruntukan Akta Tatacara Mahkamah Syariah berhubung penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah bagi mempercepatkan prosiding seperti di Mahkamah Sivil.

Last Updated on November 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024