PERSIDANGAN KHAS KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA (PKHSM) TAHUN 2022

Selasa, 7 Jun 2022- YAA Dato Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii Malaysia telah merasmikan Persidangan Khas Ketua Hakim Syarie seluruh Malaysia yang diadakan di JKSM bermula 7 hingga 8 Jun 2022.

Persidangan ini diadakan bagi membincangkan dua perkara utama iaitu berhubung Model Perjawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri berasaskan Peningkatan Mahkamah kepada Empat Peringkat serta Pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui Penggubalan Akta/Enakmen/Ordinan Mahkamah Syariah.

Kedua-dua perkara ini akan dibahas dan diperhalusi berdasarkan pembentangan kertas cadangan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM), JKSM dan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) JKSM.

Mengulas mengenai kedua-dua isu perbincangan tersebut, YAA Dato Setia Dr. ketika merasmikan persidangan khas tersebut menyatakan, “Hasil dari percambahan buah fikiran dan lontaran idea dari YAA Dato’ Sri/ Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menghasilkan satu model perjawatan yang boleh diterima pakai secara kolektif dan bersepadu di JKSN/MSN.”

“Model yang telah dipersetujui tersebut seterusnya akan dibentangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan ulasan dan persetujuan sebelum dikemukakan ke negeri-negeri bagi tujuan pelaksanaan.”

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, YAA Dato Setia Dr. merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YAA Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty yang telah menamatkan kontrak perkhidmatan pada 30 Mac 2022 serta Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris yang meletakkan jawatan pada tarikh yang sama.

Di kesempatan tersebut, beliau turut mengalu-alukan kehadiran YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan yang baharu bagi menggantikan YAA Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty ke persidangan tersebut.

Last Updated on June 7, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023