PERTEMUAN YAA KP/KHS JKSM BERSAMA YBRS PROF MADYA DR HENDUN ABD RAHMAN SHAH, FELLOW PELAWAT DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

22 November 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan bertemu dengan YBrs Prof Madya Dr Hendun Abd Rahman Shah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah dilantik sebagai Fellow Pelawat di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bermula dari 1 Disember hingga 31 mac 2023.

Dalam pertemuan ini YAA Dato’ Setia Dr. mengalu-alukan kehadiran Prof Madya Dr. ke JKSM dan mengharapkan dengan kehadiran YBrs Dr. di JKSM dapat membantu JKSM dalam pembangunan kompetensi Pegawai Sulh di Mahkamah Syariah agar Perintah Persetujuan Sulh yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan memberi keadilan kepada pihak-pihak.

Selain itu, perbincangan mengenai Kerjasama JKSM dan USIM berkaitan Persijilan Sulh Mediasi juga turut dibincangkan. YAA Dato Setia Dr juga mencadangkan satu badan yang akan menyelia pemegang Sijil Sulh-Mediasi untuk memastikan mereka mencapai standard yang telah ditetapkan.

YAA Dato’ Setia Dr juga mengharapkan agar Sulh ini dapat digunapakai oleh semua golongan masyarakat bukan sahaja dalam isu kekeluargaan sahaja malah dipraktikkan diperingkat sekolah lagi.

Turut hadir dalam pertemuan pada kali ini ialah YBrs Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod, YBhg Datin Siti Maszuriyati binti Aziz Ketua Penolong Pengarah Seksyen Sulh dan Pn Norul Aina binti Bahari Penolong Pengarah Kanan Seksyen Sulh JKSM.

Semoga dengan Kerjasama antara USIM dan JKSM ini dapat memberi impak kepada pelaksanaan ADR di Malaysia.

Last Updated on November 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024