Kata Aluan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie

Kata Aluan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM

jksm-pengarah2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan izin dan rahmatnya diberikan kesempatan menyempurnakan Laman Web JKSM versi baru dengan jayanya.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam membangunkan Laman Web JKSM. Tidak lupa juga penghargaan kepada pihak MAMPU dalam membantu menyediakan platform yang stabil bagi meletakkan laman web ini.

Laman web pada saya adalah pintu gerbang utama dalam memperkenalkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kepada masyarakat. Ia adalah saluran komunikasi yang berkesan serta memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat agar apa yang diperolehi adalah jelas, benar dan tepat.

Pemerkasaan teknologi digital adalah penting dalam proses penyampaian perkhidmatan terus kepada pelanggan. Saluran komunikasi yang pelbagai dalam menyampaikan informasi merupakan kaedah yang lebih efektif dan efisien dalam mempertingkatkan kecekapan sistem pentadbiran sesebuah organisasi.

Sejak pendemik Covid19, hampir semua rakyat Malaysia telah mula menggunakan aplikasi Mysejahtera, secara tidak langsung telah memahirkan penggunaan aplikasi di telefon pintar sebagai satu keperluan untuk bergerak ke mana-mana. Semakin ramai orang mula membuat carian mengenai pelbagai perkara termasuk laman web bagi mencari pelbagai maklumat secara dalam talian.

Bagi menjadikan platform laman web JKSM lebih efektif dalam menyediakan perkhidmatan, laman web ini akan menyediakan maklumat asas berkaitan jabatan, visi dan misi jabatan, iklan dan tawaran tender, dan juga semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM. Laman web ini juga memaparkan maklumat berkaitan Pelan Strategik JKSM bagi tahun 2021-2025 termasuk segala aktiviti dan program jabatan.

Laman web JKSM juga didatangkan dalam versi mudah alih dengan pautan kepada facebook rasmi jabatan bagi kegunaan gajet pintar dan mudah alih. Paparan versi ini akan memberikan pengalaman lebih selesa, pantas dan mudah kepada para pelayar pada bila-bila masa.

Harapan saya agar semua pengunjung Laman Web JKSM dan warga Jabatan dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta perkhidmatan yang terdapat di dalamnya. Saya mengalu-alukan dan amat menghargai maklumbalas, cadangan dan idea yang membina untuk menambahbaik Laman Web JKSM ini. Semoga segala informasi yang diberikan dapat memudahkan urusan semua pihak-pihak yang berurusan dengan JKSM dan berjaya menjadi landasan penyaluran maklumat yang berkesan dan berkualiti, selari dengan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam untuk merakyatkan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta bersifat inovatif.

Selamat Melayari Laman Web JKSM di www.jksm.gov.my

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
“Berkhidmat Untuk Negara”
“Syariah Asas Keadilan”

YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022