PROGRAM BICARA INTEGRITI SIRI 1 TAHUN 2022 PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI AWAM: “ANTARA KEBEBASAN BERSUARA DAN KEPENTINGAN NEGARA”

31 Mac 2022 | Unit Integriti dengan kerjasama Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Program Bicara Integriti Siri 1 Tahun 2022. Siri pertama program ini, memberi penekanan terhadap had kebebasan bersuara sebagai penjawat awam dalam memberikan pernyataan awam.

Program yang bertajuk Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam: “Antara Kebebasan Bersuara Dan Kepentingan Negara” berobjektifkan untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang peruntukan undang-undang yang mengawal tatakelakuan pegawai awam dalam memberi pernyataan awam, meningkatkan pemahaman mengenai had kebebasan pegawai awam dalam menguruskan pernyataan di media sosial milik peribadi dan memberi kesedaran terhadap kesan daripada kesalahan dalam pernyataan awam yang dibuat.

Program ceramah yang berteraskan kesedaran awal ini dimulai dengan kata pembuka Pengacara Majlis dan bacaan doa tepat pada jam 9:10 pagi sebelum diteruskan dengan sesi ceramah. Program yang bermatlamatkan kepada 3 objektif kesedaran ini telah dibentangkan oleh Tuan Ahmad Azhan bin Mohd Noh, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam pembentangan tersebut, penceramah bukan sahaja berkongsi dan memberi penjelasan berkenaan peruntukan undang-undang yang mengawal kebebasan bersuara secara umum, malah peruntukan peraturan berkenaan pernyataan awam oleh penjawat awam turut dihuraikan dengan lebih mendalam. Selain itu, para peserta turut dihidangkan dengan perkongsian kes sebenar berkaitan pernyataan awam yang melibatkan pegawai awam.

Program Bicara Integriti Siri 1 Tahun 2022 ini berakhir tepat jam 11:30 pagi telah dilayari lebih daripada 250 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja JKSM/ JKSN/ MSN seluruh Malaysia.

Last Updated on March 31, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024