PROGRAM PENGUKUHAN SISTEM SOKONGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TAHUN 2021

27 Mac 2021– Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini telah menganjurkan Program Pengukuhan Sistem Sokongan Institusi Kekeluargaan bertempat di Dewan Taming Sari 1, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.


Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Hj. Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan turut dihadiri oleh YAA Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM serta wakil JAWI.


YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya mengharapkan agar program seumpama ini dapat membuka mata masyarakat berkaitan hak-hak mereka dalam perundangan Syariah serta mengetahui dengan lebih mendalam tentang fungsi dan peranan Mahkamah Syariah, Bahagian Sokongan Keluarga dan agensi berkaitan isu kekeluargaan.


YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan agar objektif program ini tercapai dalam memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan isu semasa institusi kekeluargaan di Malaysia serta memberikan penjelasan terhadap kaedah penyelesaian dan pertikaian yang ada di Mahkamah Syariah.


Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan di dalam program ini yang disampaikan oleh Puan Nik Azizon binti nik Azemi (Penolong Pengarah Kanan Unit Psikologi Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat), YAA Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir (Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan MSWP), YBrs. Dr. Jazilah binti Mohd Saad@Mat Saud (Pegawai Penyelidik Pejabat Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM).


Dalam Majlis ini juga, pihak JKSM dengan kerjasama JAWI telah menyampaikan bantuan food bank kepada peserta yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan ngo seramai 80 orang sekitar kawasan Wilayah Persekutuan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024