QIAMULAIL PERDANA BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

25 Jun 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan menyertai Qiamulail Perdana bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya bermula jam 4.30pagi.

Solat sunat tahajjud dipimpin oleh Ustaz Tirmizi al-Hafiz sebanyak 8 rakaat disusuli dgn bacaan Quran sementara menanti masuk waktu Subuh.

Seusai subuh, para jemaah disajikan pula dengan kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh YB Menteri.

Dalam perkongsiannya, YB Menteri menekankan akan kepentingan memahami konsep islam dan iman yang sebenar dan bukan sekadar islam warisan semata-mata.

YB Menteri juga menegaskan kepentingan untuk sentiasa memberi hidayah dan petunjuk sesama Muslim terutama masyarakat di sekeliling kita.

YB Menteri turut menyentuh tentang tanggungjawab seorang lelaki dan bapa untuk sentiasa memimpin keluarga untuk terus istiqamah mentaati perintah Allah.

Untuk makluman, Program Qiamulail Perdana ini akan menjadi program tetap setiap dua atau tiga bulan bagi agensi-agensi agama sebagai wadah pencetus kepada agensi-agensi agama untuk terus istiqamah memimpin keluarga sejahtera ke arah pembentukan masyarakat yang lebih berjaya.

Program diakhiri dengan majlis sarapan pagi yang ditaja oleh pihak masjid.

Last Updated on June 25, 2022