SESI ORIENTASI PEGAWAI ICT BAHARU DARI JKSM/JKSN/MSN

24 Jun 2022| Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM telah mengadakan Sesi Orientasi Pegawai ICT baharu dari JKSM/JKSM/MSN pada 24 Jun 2022 jam 8.45 pagi, secara fizikal dengan dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Pegawai – pegawai baharu adalah terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat dari JKSN Perak, Kedah, Johor, Sarawak dan MSN Melaka serta dua orang dari BTMK, JKSM.

YAA Dato’ Pengerusi dalam ucapan aluannya berharap agar kepakaran, pengetahuan di samping pengalaman luas pegawai-pegawai dapat memberi nilai tambah seterusnya menyumbang semula kepada Jabatan demi manfaat dalam institusi perundangan dan kehakiman syariah di negera ini. Untuk makluman, fungsi utama pewujudan JKSM pada 3 Julai 1996 adalah sebagai penyelaras kepada usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman pengurusan serta pentadbiran Mahkamah Syariah semua negeri.

YAA Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa penstrukturan perjawatan di JKSM terutama melibatkan personel ICT telah turut mengambil perhatian terhadap keperluan pasukan teknikal ICT di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) serta Mahkamah Syariah Negeri (MSN) di samping pasukan teknikal di JKSM. Pelbagai rangka program pendigitalan telah diatur dan bersedia dilaksana untuk manfaat di JKSN dan MSN seperti pembangunan sistem melibatkan pengurusan kes iaitu E-Syariah yang turut merupakan projek flagship Kerajaan. Hal yang demikian menunjukkan keperluan terhadap komitmen dan tanggungjawab besar JKSM dan personel ICT khususnya dalam membantu memastikan pelaksanaan dan penyelarasan dasar di peringkat negeri adalah sentiasa terpandu mengikut ketetapan pihak pengurusan tertinggi JKSM.

YAA Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa JKSM sentiasa berusaha memastikan pegawai-pegawai ICT yang bertugas di negeri sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. YAA Dato’ Pengerusi pernah mengeluarkan surat rasmi kepada Ketua Hakim Syarie seluruh negara melibatkan pemerkasaan tugas personel ICT di JKSN dan MSN pada 30 Julai 2020 untuk memberi penekanan terhadap fungsi dan peranan PTM, pemusatan inovasi ICT, pelaksanaan projek transformasi e-Syariah Versi 3, budaya kerja, pelan strategik JKSM dalam tempoh 5 tahun. Perkara-perkara sebagaimana yang telah digariskan adalah sebagai panduan kepada Ketua Jabatan di negeri di samping memandu arah peranan dan tanggungjawab personel ICT yang perlu diberi keutamaan di dalam melaksanakan tugas seharian. Pegawai – pegawai baharu adalah diingatkan agar sentiasa cakna akan dasar dan polisi serta inisiatif di JKSM untuk memastikan harapan besar pewujudan Jabatan ini pada tahun 1996 adalah tidak tersasar dan sentiasa terpandu arah dengan baik. Usaha dan kerjasama erat bersama dengan pengurusan tertinggi di JKSM serta Tuan Pengarah BTMK berupaya merapatkan jurang di antara JKSM dengan JKSN dan MSN di samping menjadi batu asas terhadap kejayaan lain yang bakal mendatang.

Akhir kata, YAA Dato’ Pengerusi berharap agar pegawai – pegawai ICT di Negeri boleh berkomunikasi terus bersama beliau, Tuan Ketua Pendaftar JKSM serta Puan Pengarah Kanan (Pengurusan) di dalam tempoh masa yang singkat ini. YAA Dato’ Pengerusi mengucapkan selamat bertugas di JKSM dan berpesan agar beban tugas digalas oleh setiap individu di Jabatan ini merupakan amanah yang perlu dilaksana dan disempurnakan untuk mereka yang berhak. Semoga bakti dan jasa yang dicurahkan sepanjang bertugas di Jabatan ini diganjari oleh Yang Maha Esa jua.

Last Updated on June 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024