SESI PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)

21 Mac 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. ini bertujuan membincangkan secara mendalam beberapa isu semasa berkaitan perundangan syariah di Malaysia.

Antara wakil AGC yang turut hadir di dalam sesi perbincangan tersebut adalah Puan Suzana binti Atan (Ketua Bahagian Guaman), Dato’ Anas bin Ahmad Zakie (Ketua Bahagian Syariah dan Perharmonian Undang-Undang), Encik Ramzi bin Osman, Encik Ahmad Hanir bin Hambaly, Encik Mohd Syahrizal Syah bin Zakaria, Tuan Abu Bakar bin Mohd Daud dan Puan Siti Salwa binti Mohd Nor@Ghazali.

Manakala wakil JKSM pula adalah YA Datuk Hj. Mohd Radzi bin Abd Latif (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), Tuan Hj. Nassir bin Hj. Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM) dan Tuan Mamat Haizan bin Salleh (Pengarah Bahagian Dasar & Penyelidikan JKSM).

Selain itu, Sahibus Samahah Datuk Dr. luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan juga turut hadir bersama di dalam sesi perbincangan bagi memberikan pandangan dan nasihat berkaitan hukum syarak.

Last Updated on March 23, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024