SESI SEMAKAN KETERSEDIAAN INFRASTRUKTUR BAGI PELAKSANAAN SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 DI MSWPKL DAN PUTRAJAYA

23 Mei 2022 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM bersama Unit Transformasi E-Syariah (U-TES) BPKR JKSM hari ini melaksanakan sesi semakan ketersediaan infrastruktur bagi pelaksanaan Sistem E-Syariah Versi 3 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdahulu, satu taklimat berkaitan gerak kerja sesi semakan tersebut telah diadakan di Bilik Seminar, Aras 4 yang dipengerusikan oleh YAA Tuan Haji Asri bin Tahir (Ketua Hakim Syarie MSWP) dan pegawai serta kakitangan MSWP.

Sesi semakan yang bermula jam 10.30 pagi ini bertujuan memastikan kelancaran prestasi capaian Sistem E-Syariah Versi 3 yang dijangka akan go-live secara pilot pada september 2022.

Tiga skop utama yang menjadi fokus utama dalam sesi semakan ini iaitu rangkaian (rangkaian wayar & tanpa wayar), perkakasan (spesifikasi perkakasan & antivirus) dan perisian (browser & page load time).

Selain itu, semakan rangkaian turut di buat ke atas akses sistem hosting di PDSA, Cyberjaya melalui Sistem e-Faraid di mana server Sistem E-Syariah Versi 3 turut akan ditempatkan di sana.

Antara lokasi semakan adalah kaunter pendaftaran kes, dewan bicara, ruang kerja pegawai sulh dan pembantu hakim.

Turut hadir pada sesi semakan ini adalah Puan Elia Suziana binti Mohamad (KPP Seksyen Operasi BTMK JKSM), Puan Aliza binti Abu (KPP Seksyen Aplikasi BTMK JKSM), pegawai serta kakitangan dari BTMK dan U-TES JKSM.

Last Updated on May 23, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 25, 2022(1 event) April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 May 1, 2022
May 2, 2022 May 3, 2022 May 4, 2022 May 5, 2022 May 6, 2022 May 7, 2022 May 8, 2022
May 9, 2022 May 10, 2022 May 11, 2022 May 12, 2022 May 13, 2022(2 events) May 14, 2022 May 15, 2022
May 16, 2022 May 17, 2022 May 18, 2022 May 19, 2022(1 event) May 20, 2022 May 21, 2022 May 22, 2022
May 23, 2022 May 24, 2022(1 event) May 25, 2022(1 event) May 26, 2022 May 27, 2022(1 event) May 28, 2022 May 29, 2022
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022