SESI TEMUBUAL KAJIAN TESIS CALON PHD UNIVERSITI MALAYA

5 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan meluangkan masa untuk sesi temubual kajian bersama calon Ijazah Doktor Falsafah dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Encik Mohammad Hariz Shah bin Mohammad Hazim Shah secara atas talian menerusi aplikasi google meet.

Temubual selama satu jam itu berkisar tentang tajuk Transformasi Perundangan Islam di Malaysia: Kajian Terhadap Pemikiran dan Sumbangan Ahmad Mohamed Ibrahim (1916-1999).

Kajian tersebut dijalankan bagi mengenal pasti proses dan teori transformasi perundangan Islam dalam konteks amalan perundangan Syariah di Malaysia serta menganalisis idea dan peranan Ahmad Ibrahim dalam proses transformasi perundangan Islam di Malaysia dari aspek perundangan iaitu pembentukan Common Law Malaysia dan Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut memberikan pandangan berkaitan implikasi pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 dan mengulas isu semakan kehakiman (judicial review) oleh Mahkamah Sivil terhadap kes-kes kesalahan jenayah Syariah.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut mengulas tentang transformasi pentadbiran keadilan Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah, penyediaan Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard dalam menambah baik pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah, penubuhan Bahagian Sokonga Keluarga serta penubuhan Mahkamah Bahagian Nafkah dan Hadhanah.

Semoga segala input dan pandangan yang diberikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. dapat membantu menyiapkan kajian berdasarkan objektif yang digariskan.

Last Updated on July 5, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024