SIRI PERTAMA WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG TAHUN 2022

12 JANUARI 2022 (RABU) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Siri Pertama Webinar Literasi Undang-Undang bagi tahun 2022 yang bertajuk “BSK: Apa Hak Anda” secara live di Laman FB BSK JKSM. Webinar tersebut telah disampaikan oleh Puan Noriana binti Ahamad Sapari, Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Negeri Johor.

Para penonton telah dijelaskan dengan fungsi dan peranan yang dijalankan oleh BSK dalam menguatkuasakan dan melaksanakan perintah nafkah dan mut’ah yang diabaikan oleh bapa/ bekas suami. Selain itu, peluasan perkhidmatan BSK Transit bagi menjamin kehadiran pelanggan BSK ke prosiding berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah turut disentuh oleh penceramah.

Siri Literasi Undang-Undang BSK JKSM yang bermula pada hari ini telah disusun dan dirancang dalam 14 siri sepanjang tahun 2022 sebagai salah satu langkah mempromosikan perkhidmatan BSK dan memberikan penerangan kepada masyarakat berhubung dengan perundangan Syariah khususnya hak nafkah dan mut’ah yang diabaikan serta tindakan yang boleh diambil.

Semoga siri-siri webinar ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024