WACANA KEHAKIMAN SYARIAH TAHUN 2023

2 Mac 2023 (Khamis) – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Wacana Kehakiman Syariah Tahun 2023 bertempat di Auditorium JAKIM, Putrajaya. Wacana ini juga merupakan salah satu program yang telah dirancang sempena sambutan Jubli Perak JKSM.

Wacana ini telah dihadiri oleh para Pegawai Syariah dari JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN), Mahkamah Syariah Negeri (MSN), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri (JAPENS), Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Peguam Negara, Penolong Penasihat Undang-undang (Syariah) Negeri dan lain-lain pegawai seramai lebih kurang 300 orang.

Mendahului Wacana ini, satu kertas kerja telah dibentang oleh YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara yang bertajuk “Halatuju Pemerkasaan Mahkamah Syariah Melalui Cadangan Pewujudan Mahkamah Utama Syariah”. Dalam pembentangannya, beliau telah menyingkap sejarah sistem perundangan Syariah, kedudukan Mahkamah Syariah dan juga perkembangan perubahan struktur organisasi Mahkamah Syariah. Beliau juga telah berkongsi pandangan berkaitan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia.

Ucapan alu-aluan Wacana telah disampaikan oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain. Beliau telah mengalu-ngalukan kehadiran semua peserta Wacana dan juga dif-dif jemputan. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM di atas pelantikan sebagai YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau turut memaklumkan pengisian dalam Wacana Kehakiman Syariah 2023 ini akan menumpukan kepada hasrat dan hala tuju perundangan dan kehakiman Syariah di bawah kerajaan baharu yang akan disampaikan oleh YB Menteri. Wacana ini juga akan menjadi wadah dan medium utama dalam memastikan aspirasi, semangat dan hala tuju pentadbiran Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selari dengan aspirasi nasional kerajaan.

Buat julung-julung kalinya, Wacana ini telah dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan ucaptama yang bertajuk: Bersama Mencapai Kejayaan (Al Falah): Menggerak Transformasi Perkhidmatan Kehakiman Syariah”. Beliau menyatakan bahawa spektrum Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah sentiasa akan menjadi keutamaan beliau di samping bidang-bidang lain di bawah pentadbiran hal ehwal agama Islam negara ini. Pengumuman visi dan kerangka dasar reformasi negara iaitu “Membangun Malaysia MADANI” oleh YAB Perdana Menteri bukanlah satu istilah yang asing dalam kamus perbendaharaan ilmu Islam. Ia hakikatnya bersumberkan falsafah kenegaraan yang telah dirumuskan di dalam Al-Quran. Dalam hubungan untuk menjayakan dasar Membangun Malaysia Madani ini, di peringkat JPM (Hal Ehwal Agama) telah memperkenalkan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau dikenali dengan nama ringkasnya “AL-FALAH”. Pelan Transformasi Al-Falah ini mengandungi 5 Teras, 10 Fokus Gerak Kerja dan 5 Nilai yang merupakan inisiatif-inisiatif utama yang amat sesuai dan praktikal untuk menjayakan gagasan Malaysia Madani. Beliau turut menekankan 5 Nilai yang ditetapkan bagi menjayakan Pelan Transformasi Al-Falah ini adalah Ilmu, Integriti, Itqan, Istiqamah, dan Ikhlas. Nilai-nilai ini perlu dipunyai dan dihayati oleh penggerak-penggerak agensi termasuklah di JKSM, JKSN dan MSN bagi memastikan kejayaan pelan ini. Untuk membumikan Pelan Al-Falah ini, JKSM, JKSN dan MSN mempunyai peranan yang amat signifikan bagi melaksanakan Fokus Gerak Kerja dalam Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Islam.

Wacana ini juga telah menyaksikan majlis menandatangani Payment Gateway Provider Agreement di antara JKSM dan Bank Islam Malaysia Berhad dengan disaksikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan sistem e-Syariah Versi 3. Perjanjian ini dimeterai atas persetujuan untuk melantik Bank Islam sebagai penyedia gerbang pembayaran atas talian (online payment) bagi semua transaksi dalam talian e-Syariah Versi 3 seperti pendaftaran kes secara e-Filling, pembelian Jurnal Hukum, pendaftaran serta pembaharuan Sijil Peguam Syarie dan pembayaran balik pendahuluan dana nafkah oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Kemuncak Wacana telah menyaksikan Majlis Jambangan Budi Rimbunan Bakti yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM). Dalam majlis ini, PPSM telah meraikan para Pegawai Syariah yang telah bersara, termasuklah YB Menteri. YB Menteri juga telah berkenan untuk menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada para Pegawai Syariah yang telah bersara.

Manutup tirai Wacana, Bank Islam Malaysia Berhad Bersama pihak Cyber Security Malaysia telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesedaran Kewangan: Cyber Crime bagi memberi kesedaran berkaitan penipuan-penipuan yang berleluasa khususnya dalam media sosial.

Last Updated on March 2, 2023

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024