WEBINAR DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI MUNTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 2 /2022

25 Mac 2022: Bahagian Latihan JKSM hari ini meneruskan kesinambungan Webinar Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 2/2022 khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed yang merupakan Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Program pada kali ini membahaskan tajuk hakim, persoalan dan kelayakan seorang hakim, hukum meminta, menerima, dilantik dan berkhidmat, peranan serta tanggungjawab sebagai hakim oleh pemerintah di sisi syarak sebagaimana perbahasan ulama-ulama fiqh muktabar dalam mazhab Syafié.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para Hakim Syarie berkaitan nas-nas, kaedah, perbahasan dan prinsip ilmu fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu lampau dan isu-isu semasa dalam perundangan dan kehakiman syariah. JKSM sebagai agensi yang bertanggungjawab memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah akan terus berusaha melahirkan Hakim Syarie yang kompeten berhadapan dengan sebarang isu dan permasalahan di lapangan.

Last Updated on March 25, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024