WEBINAR DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI MUNTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 3 /2022

JUMAAT, 15 April 2022: Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 3/2022 khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia diteruskan lagi pada hari ini bersama Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed dan Tuan Nabil bin Dato’ Muhammad Shukri yang merupakan antara Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga dan Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Daurah siri 3/2022 pada kali ini membahaskan sambungan tajuk tauliah dan kelayakan hakim, hukum meminta, menerima, dilantik, berkhidmat dan peranan serta tanggungjawab sebagai hakim di sisi syarak sebagaimana perbahasan ulama-ulama fiqh muktabar dalam mazhab Syafié.

Kemahiran para Hakim Syarie berkaitan nas-nas, kaedah, perbahasan dan prinsip ilmu fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu lampau dan isu-isu semasa dalam perundangan dan kehakiman syariah adalah sangat penting dan perlu dikuasai sebaiknya.

Sejarah, dokumen dan pelbagai isu perlantikkan hakim di zaman sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta zaman kegemilangan Islam dibincang dan dihadamkan sebaiknya pada kali ini yang sangat berbeza dengan zaman taqnin (zaman moden) pada hari ini dalam konteks kehakiman Islam untuk diambil peranan dan kesinambungan tradisi yang positif dalam sistem kehakiman dan perundangan lslam hari ini.

Last Updated on April 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024