WOMEN’S EMPOWERMENT MONTH PROGRAMME

26 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini dijemput sebagai salah seorang ahli panel di dalam “Women’s Empowerment Month Programme”.

Program anjuran Asian Law Student’s Association (ALSA) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meetings melibatkan para pelajar daripada Kuliyyah Ahmad Ibrahim (AIKOL) IIUM.

Selain YAA Dato’ Setia Dr., dua ahli panel lain adalah Senator Puan Fadlina Sidek dan YA Prof. Zaleha Kamaruddin bagi membicarakan tajuk “Upholding Shariah: Breaking The Stereotypes in a Gender-Biased Legal Field”.

YAA Dato’ Setia Dr. mengambil kesempatan ini bagi menerangkan usaha yang dilaksanakan oleh JKSM dalam memperkasakan peranan pegawai syariah wanita di dalam bidang kehakiman syariah di Malaysia.

Sebagai contoh, pada tahun 2008, seramai 68 orang pegawai wanita telah ditawarkan berkhidmat di JKSM dan dari jumlah tersebut, sebanyak 30% merupakan pemegang Ijazah Sarjana dan PhD.

Kini, terdapat ramai pegawai wanita yang memegang jawatan penting di dalam pelbagai cabang antaranya hakim syarie, pendakwa syarie, peguam Jabatan Bantuan Guaman, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, Pegawai Sulh dan lain-lain.

Tambah YAA Dato’ Setia Dr. lagi, pada hari ini, jumlah hakim syarie wanita yang sedang berkhidmat di seluruh Malaysia pula adalah seramai 59 orang dan ini merupakan bukti bahawa golongan wanita tidak pernah dipinggirkan di dalam bidang kehakiman syariah.

Diharapkan segala penerangan yang diberikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. hari ini dapat merungkai segala persepsi negatif di luar sana yang menganggap golongan wanita dipinggirkan berbanding golongan lelaki dan dapat memberikan semangat kepada para pelajar wanita untuk menceburi bidang kehakiman syariah pada masa akan datang.

Last Updated on March 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024