[language-switcher]

Bahagian Latihan

Bahagian Latihan telah diwujudkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaras dengan penubuhan JKSM pada bulan November 1998. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pegawai Syariah Gred LS52 dan dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Pengarah yang terdiri daripada Pegawai Syariah Gred LS48.

Bahagian Latihan dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen Pengurusan Latihan dan Seksyen Pembangunan Dasar dan sepuluh Unit termasuk Unit Khidmat Sokongan yang diletakkan di bawah Pengarah Bahagian Latihan. Unit Khidmat Sokongan terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 dan dua orang Pembantu Tadbir N17, seorang N1.

Di bawah Seksyen Pengurusan Latihan terdapat tiga unit iaitu yang pertama Unit Latihan Kehakiman yang mengandungi empat program seperti Program Pengurusan Tertinggi, Program Litigasi Mal, Program Pendakwaan dan Program Sulh. Kedua ialah Unit Kerjaya Sokongan mengandungi tiga program iaitu Program Bahasa, Program Latihan Kerjaya dan Program Latihan Sokongan. Unit ketiga ialah Unit Pengajian Kitab Turath. Unit atau program masing-masing diketuai oleh tujuh Pegawai Syariah Gred LS44 serta seorang Pegawai Syariah Gred LS41 yang dibantu oleh Pembantu Syariah Gred LS17 seramai lapan orang.

Seksyen Pembangunan Dasar pula terdapat satu unit iaitu Unit Gubalan Kurikulum/Keurusetiaan yang dibantu oleh seorang Penyelia Latihan Gred LS32 dan seorang Pembantu Syariah LS17.

Antara lain fungsi Bahagian Latihan adalah merancang dan melaksanakan kurikulum latihan, kursus, seminar dan bengkel untuk meningkatkan kualiti kerja dalam kalangan pegawai dan pegawai Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Penubuhan bahagian ini bertepatan dengan piagam pelanggan Jabatan untuk mewujudkan Hakim-Hakim Syarie, Pegawai-pegawai Syariah yang profesional, berwibawa dan cekap dalam bidang kehakiman dan kepeguaman syarie.

Peneraju unggul kecemerlangan pembangunan modal insan dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Meningkatkan kompetensi, keberkesanan dan profesionalisme pegawai dan kakitangan dalam skim perkhidmatan syariah dengan menyediakan latihan yang sistematik, relevan dan progresif.

Meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan Pegawai Syariah dan lain-lain yang terlibat dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah serta penguatkuasaan undang-undang Syariah bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

  • Merancang dan mengendalikan program berbentuk latihan seperti kursus, bengkel, seminar, forum, kolokium, latih amal, simulasi dan lain-lain bentuk latihan;
  • Menjalankan kajian yang berkaitan dengan keperluan latihan dan analisa impak kepada organisasi dan pegawai atau peserta yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah;
  • Menjalankan kajian dan penerbitan berkaitan dengan perkembangan semasa dalam bidang kehakiman dan perundangan serta penguatkuasaan undang-undang Syariah;
  • Menjalankan urusan pentadbiran am, kakitangan dan kewangan serta keurusetiaan;
  • Menyediakan data profail latihan, bank/maklumat penceramah dan maklumat berkaitan dengan aktiviti latihan, pembangunan modul serta kurikulum dengan tujuan untuk memberi khidmat sokongan bagi melicinkan pelaksanaan program latihan dan penyelidikan.

Kalendar JKSM

Events in November 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 31, 2022 November 1, 2022(1 event) November 2, 2022 November 3, 2022 November 4, 2022(1 event) November 5, 2022 November 6, 2022
November 7, 2022 November 8, 2022(1 event) November 9, 2022(2 events) November 10, 2022 November 11, 2022 November 12, 2022 November 13, 2022
November 14, 2022(1 event) November 15, 2022 November 16, 2022(1 event) November 17, 2022(1 event) November 18, 2022(2 events) November 19, 2022 November 20, 2022
November 21, 2022 November 22, 2022 November 23, 2022 November 24, 2022 November 25, 2022 November 26, 2022 November 27, 2022
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022