[language-switcher]

Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod

Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) merupakan salah satu Bahagian yang ditubuhkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di bawah seliaan Pengarah Kanan Kehakiman.

Terdapat empat (4) Seksyen di Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) iaitu:
i.    Seksyen Pendaftaran Rayuan
ii.    Seksyen Keurusetiaan
iii.    Seksyen Sulh
iv.    Seksyen Rekod

1)    Menguruskan dengan segera kes – kes rayuan secara telus dan berkesan.

  1. Mengurus Kes-Kes di Mahkamah  Rayuan
  2. Kajian Keperluan Arahan Amalan Mahkamah Syariah
  3. Pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah
  4. Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan di JKSN/MSN

2)    Memantau pelaksanaan  dan pengurusan sulh di MSN/JKSN dengan cekap dan tersusun

  1. Mengawal selia dan memantau perjalanan kes Sulh di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
  2. Menyelia pengumpulan statistik kes-kes Sulh setiap bulan.
  3. Mengumpul Enakmen/ Akta/ Ordinan Tatacara Mal Sulh, Manual Kerja Sulh, Arahan-arahan Amalan, Pekeliling-pekeliling Ketua Hakim Syarie JKSM/Negeri-Negeri dan Akta-Akta lain yang berkaitan dengan kes-kes Sulh untuk tujuan rujukan dan pengetahuan Pegawai-pegawai Sulh seluruh Malaysia.
  4. Memastikan kes-kes Sulh berjalan dengan lancar dan bertanggungjawab untuk melihat perkembangan kes-kes Sulh seluruh
  5. Mahkamah Syariah dengan mengadakan sesi lawatan kerja dalam usaha untuk menyelaras Prosedur Sulh dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pegawai-pegawai Sulh.

3)    Melaksanakan tugas – tugas keurusetiaan dengan penuh iltizam dan kesungguhan.

  1. Mengurusetiakan Program Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia
  2. Mengurusetiakan Program Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia
  3. Mengurusetiakan Program Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Seluruh Malaysia
  4. Mengurusetiakan Program Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM
  5. Mengurusetiakan Program Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ dan Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia  Secara Bergilir bagi tujuan menyelaras Prosedur Perkahwinan Islam Diterima Pakai di Negeri-Negeri
  6. Mengurusetiakan Program Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Seluruh Malaysia

4)    Mewujudkan sistem pengurusan rekod jabatan secara sistematik dan terpelihara.

  1. Melaksana pelaksanaan mesyuarat/program berkaitan Seksyen Rekod
  2. Mengurus pengumpulan rekod-rekod alasan penghakiman terpilih dari JKSN/MSN seluruh Malaysia.
  3. Mengurus pengurusan fail dan rekod di JKSM/JKSN/MSN meliputi pengurusan registri, pengurusan rekod aktif, separa aktif dan tidak aktif
  4. Mengurus pengurusan registri Jabatan melalui Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (DDMS)
  5. Mengurus dan memantau pengurusan pelupusan rekod di JKSM/JKSN/MSN
  6. Mengurus penyediaan panduan dan risalah berkala berkenaan pengurusan rekod
  7. Mengurus program inspektorat pengurusan rekod di JKSM/JKSN/MSN
  8. Mengurus pengumpulan rekod-rekod konvensional dan elektronik yang dikeluarkan oleh JKSM/JKSN/MSN

Kalendar JKSM

October 8, 2022