[language-switcher]

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BTMK sebelum ini dikenali sebagai Cawangan Teknologi Maklumat (CTM) melalui Waran Perjawatan Bil. A10 Tahun 2002 bertarikh 17 Januari 2002. Pada masa itu, sebanyak 11 jawatan diwujudkan dengan diketuai oleh Pengarah , Pegawai Sistem Maklumat Gred F2.

Melalui waran perjawatan Bil A31 Tahun 2004 bertarikh 17 Mac 2004, terdapat perubahan perjawatan di CTM menjadikan sebanyak 59 jawatan. Ia diketuai dengan Pengarah, Pegawai Sistem Maklumat Gred F52.

Setelah penstrukturan perjawatan, melalui Waran Perjawatan Bil. A62 Tahun 2008 bertarikh 24 April 2008, CTM telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK). Ianya diketuai oleh Pengarah, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52. Bilangan perjawatan adalah sebanyak 81 jawatan. BTMK, JKSM terdiri dari 2 Seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Aplikasi dan Seksyen Operasi. Selain itu, Unit ICT di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) juga di bawah seliaan Pengarah BTMK, JKSM.

Ke arah pembudayaan ICT bagi mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Mengoptimumkan penggunaan dan perkhidmatan ICT dalam urusan perkhidmatan Jabatan.

  • Membangun, menyelenggara dan memantau Sistem E-Syariah, Portal E-Syariah, Laman Web Jabatan, multimedia dan aplikasi sokongan yang lain;
  • Menentukan keperluan infrastruktur rangkaian, perkakasan dan perisian ICT di Jabatan serta menyedia dan menyelenggara infrastruktur ICT dan khidmat sokongan teknikal;
  • Mentadbir urus operasi Pusat Data dan Keselamatan ICT Jabatan;
  • Melaksanakan program pembangunan kemahiran dan pembudayaan ICT; dan
  • Melaksanakan perolehan ICT, penyelenggaraan enakmen/akta serta keurusetiaan mesyuarat, bengkel dan seminar berkaitan ICT.
  • Merancang, membangun dan menyediakan prasarana ICT terkini untuk Jabatan;
  • Menyediakan dan melaksanakan program ICT bagi Jabatan Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia;
  • Merancang dan menguatkuasa ke atas pematuhan dasar ICT Jabatan, Garis Panduan, Polisi, Pelan Strategik ICT, Dasar Kualiti, Pekeliling dan Arahan Ketua Pengarah MAMPU serta dasar-dasar lain Jabatan;
  • Menyediakan program latihan teknikal ICT dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf ICT Jabatan.

Kalendar JKSM

June 13, 2022