[language-switcher]

Unit Komunikasi dan Korporat

Pengurusan komunikasi dan perhubungan awam  yang Dinamik

Meneraju imej korporat JKSM melalui komunikasi serta perhubungan awam yang strategik.

  • Bertindak sebagai penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan dan nasional.
  • Merancang dan melaksana siri Program Jelajah Informasi Mesra JKSM.
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JKSM
  • Menyelaras persiapan serta majlis taklimat,aturan program kunjungan hormat,lawatan dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke JKSM.
  • Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti,promosi dan kempen bagi setiap dasar,program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melaui stesen TV,radio,bahan promosi seperti kain rentang ( banner ),artikel untuk akhbar   dan program penyampaian maklumat JKSM
  • Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media,siding media,kenyataan akhbar,siaran media dan temu bual khas TV/Radio dan program bersama media
  • Mewujudkan perhubungan yang erat antara JKSM dengan pihak awam serta pengamal Media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem Penyampaian yang lebih berkesan dan efisyen.
  • Mengadakan Program Jelajah Informasi Mesra JKSM dan Program Forum bagi bertemu dengan orang awam dan pelanggan bagi menyalurkan maklumat yang tepat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM dengan cepat dan berkesan.
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti,promosi dan kempen bagi setiap dasar,peranan,program ,aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui bahan promosi,media elektronik,media cetak dan program pameran JKSM.
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media bahan maklumat bagi setiap dasar,perancangan program,aktiviti serta majlis rasmi melalui penerbitan bahan cetak seperti buletin,laporan tahunan,brosur,risalah,foto dan rakaman video.

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024