wrapper

Pengumuman

Pengenalan BSK

Isu Glossary Link Mahkamah Syariah dan orang Islam bukan satu perkara baru. Dari isu kes-kes kekeluargaan tertangguh dan kelewatan mahkamah menyelesai kes perceraian sehinggalah kepada kes tuntutan Glossary Link nafkah dan Glossary Link hak penjagaan Glossary Link anak, sehinggalah kepada hal poligami, mutaah dan Glossary Link harta sepencarian, semua isu ini menjadi tajuk menarik akhbar dan penulisan.

Dari pelbagai kritikan dan pandangan ini Mahkamah Syariah amnya dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia khasnya telah berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu ini. Isu Glossary Link perintah nafkah dari Mahkamah Syariah yang tidak terlaksana atau tidak dihormati telah menarik perhatian pemimpin negara.

Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). 

 

Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM

BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 3, Blok D7, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Matlamat BSK :

  • Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen.
  • Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri

 

Fungsi BSK :

    • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
    • Melaksanakan penguatkuasaan Glossary Link penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
    • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
    • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
    • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi. 

 

Objektif BSK :

    • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
    • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
    • Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah;

 

Visi
"Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif"


Misi

"BSK komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni"

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png6.png0.png0.png8.png9.png
This month25464
Total260089
Isnin, 25 September 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 19 September 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family