wrapper

Pengumuman

Glosari Mahkamah Syariah

There are 86 entries in this glossary.
Search for glossary terms (regular expression allowed)
Begins with Contains Exact term Sounds like
All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Z
Term Definition
Aduan

Penyataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Hakim bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan atau bersalah atas sesuatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Hakim itu dibawah Enakmen ini.

Affidavit

Kenyataan sumpah bertulis digunakan untuk menguatkan permohonan dan, dalam keadaan tertentu, sebagai keterangan dalam prosiding mahkamah. Orang yang membuat affidavit mesti bersumpah atau berikrar di hadapan orang yang diberi kuasa menerima sumpah yang berkaitan dengan affidavit tertentu bahawa isi kandungan itu adalah benar.

Ahli Kariah

Seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid.

Akuan

Pernyataan formal di Mahkamah oleh atau bagi pihak seorang yang dituduh sebagai tindak balas kepada dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Amalan

Cara suatu prosiding menguatkuasakan hak undang-undang. Ia sebetulnya sama dengan prosedur, tetapi kadangkala ia digunakan untuk menandakan peraturan prosedur yang berbeza dengan yang didapati daripada peraturan-peraturan Mahkamah. Atau boleh diertikan dengan buku mengenai sesuatu amalan dan prosedur, contohnya seperti Arahan Amalan Mahkamah.

Anak

Anak yang sah hasil daripada perkahwinan yang sah menerusi pendaftaran.

Anggapan Kematian

Anggapan common law bahawa seseorang itu telah mati. Anggapan itu dibuat jika suami atau isteri telah hilang sekurang-kurangnya tujuh tahun (dengan tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan suami atau isteri masih lagi hidup) atau dengan bukti-bukti asas lain yang sempurna (contohnya, iaitu suami atau istei berada di atas kapal yang tenggelam). Mahkamah pula berkuasa untuk memperkenankan satu dekri anggapan kematian dan pembatalan perkahwinan; membolehkan si suami atau isteri berkahwin. Perkahwinan kedua itu adalah sah jika si suami atau isteri muncul semula kemudian.

Arahan Amalan

Pernyataan-pernyataan bercetak, selalunya dikeluarkan oleh ketua Mahkamah atau bahagian yang berkaitan, menunjukkan prosedur yang perlu diikuti dalam hal-hal tertentu atau polisi yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah dalam kes-kes tertentu. Tidak seperti peraturan-peraturan Mahkamah, ia tidak mempunyai kuasa status. Ia selalu diterbitkan dalam laporan undang-undang.

Glossary 3.0 uses technologies including PHP and SQL

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png3.png1.png7.png6.png
This month483
Total313176
Khamis, 20 September 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 18 September 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family