Glosari Mahkamah Syariah
There are 86 entries in this glossary.Term | Definition |
---|---|
Habeas Corpus |
Satu writ prerogatif yang digunakan untuk mencabar kesahihan penahanan seseorang, sama ada tahanan rasmi (contohnya apabila ditahan sementara menunggu deportasi atau penyerahan balik) atau dalam tahanan persendirian. Jika permohonan writ tersebut dikemukakan dan Mahkamah atau hakim berpuas hati yang penahanan itu tidak sah secara prima facie, kustodian diperintahkan untuk tampil dan mengesahkannya, dan jika ini gagal dilakukan, pembebasan akan diperintahkan. |
Hak |
Pemilikan atau kepentingan ke atas sebarang harta. Sebarang kepentingan yang diiktiraf dan dilindungi oleh Mahkamah. Kebebasan menjalankan sebarang kuasa yang telah diberi oleh undang-undang. |
Hari Kehadiran |
Hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan untuk pendengaran apa-apa prosiding itu. |
Harta |
Sebarang benda yang boleh dimiliki. Perbezaan dibuat antara harta tanah (tanah dan hereditamen tak zahir) dan harta alih (semua jenis harta yang lain) dan antara harta ketara (yang mempunyai kewujudan fizikal, seperti catel dan tanah) dan harta tak ketara (hak dalam tindakan dan hereditamen tak zahir). |
Hukum Syarak |
Hukum Syarak ertinya mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. |
Hukuman |
Penalti yang dikenakan ke atas seorang defendan yang sabit kesalahan oleh sebuah Mahkamah yang berkuasa. Hukuman dijatuhkan dalam hukuman Mahkamah. Kuasa Mahkamah untuk menghukum juga bergantung kepada sama ada jenayah itu kesalahan boleh dakwa atau kesalahan terus. |