wrapper

Pengumuman

Glosari Mahkamah Syariah

There are 86 entries in this glossary.
Search for glossary terms (regular expression allowed)
Begins with Contains Exact term Sounds like
All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Z
Term Definition
Kesalahan

Kesalahan ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan yang atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa.

Kesalahan Boleh Tangkap

Sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran.

Kesalahan Tak Boleh Tangkap

Suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran.

Keterangan Lisan

Keterangan lisan yang diberikan oleh saksi yang diberikan oleh saksi dalam Mahkamah, biasanya dengan sumpah. Biasanya keterangan saksi haruslah mempunyai kaitan dengan yang diketahuinya dengan menggunakan pancainderanya. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, keterangan dengar cakap mungkin dibenarkan.

Klien

Seseorang yang mengambil peguamcara untuk menjalankan tugas undang-undang bagi pihaknya dan pihak orang lain. Perhubungan di antara peguamcara dan klien adalah perhubungan fidusiari. Sebarang perhubungan lain di antara mereka boleh dipengaruhi oleh pengaruh tidak wajar.

Kontrak

Satu perjanjian yang diikat menerusi undang-undang. Perjanjian yang timbul hasil daripada tawaran dan penerimaan, tetapi beberapa keperluan lain mestilah memuaskan bagi satu-satu perjanjian yang diikat menerusi undang-undang.

Glossary 3.0 uses technologies including PHP and SQL

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png3.png1.png0.png8.png
This month415
Total313108
Khamis, 20 September 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 18 September 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family