wrapper

Pengumuman

PROGRAM JELAJAH MESRA INFORMASI JKSM

 

Pada 22 Oktober 2016 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Jelajah Mesra Informasi JKSM bertempat Kompleks Uthmaniyah, Kg Pulau Lima, Semerak Pasir Puteh, Kelantan bermula dari jam 8.30 pagi – 11.00 malam. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Senator Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

 

Objektif program ini adalah untuk menjelaskan peranan JKSM kepada masyarakat khususnya berkaitan undang-undang syariah; sebagai medium perkongsian maklumat berkaitan pelbagai aspek perundangan syariah dan kesan-kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam dan menggalakkan persefahaman dari segi pandangan dan tindakan dalam menghadapi isu-isu keluarga  serta mengenal-pasti cara terbaik menangani krisis keluarga Islam.

 

Di antara acara yang menarik adalah pertandingan mewarna kanak-kanak daripada Tabika Kemas, pertandingan gubahan hantaran dan ukiran buah-buahan yang terbuka kepada masyarakat setempat, persembahan gasing dan silat, pertandingan masak bubur asyura, forum dan ceramah oleh Pendakwah Bebas yang terkenal  Ustaz Hariyanto Rizal dengan ceramah yang bertajuk: “Pembinaan Keluargaan Bahagia”. Selain itu terdapat juga booth-booth pameran/kaunter dari  JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan,Jabatan Bantuan Guaman, YAPEIM, Tabung Haji, Bank Simpana Nasional, Bank Islam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan lain-lain jabatan kerajaan dan agensi swasta. Pada sesi petang pula terdapat acara pertujukkan motor vespa dan kereta klasik.

 

Kehadiran para pengunjung Program Jelajah Mesra Informasi JKSM begitu memberangsangkan. Dianggarkan lebih kurang 3000 pengunjung yang hadir program tersebut yang terdiri daripada  kakitangan kerajaan di  Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan kerajaan  dan Ngo’s, pertubuhan sukarela dan wanita, guru-guru di semua peringkat, pemimpin masyarakat, Ketua/AJK kampung/mukim dan penduduk setempat khususnya Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

 

 

  

 

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

1.png7.png5.png5.png7.png2.png
This month16425
Total175572
Jumaat, 23 Jun 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 21 Jun 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family