wrapper

Pengumuman

PERSIDANGAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA

 

Pada 7 hingga 9 November 2016 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)  dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia telah mengadakan Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara yang julung-julung kali di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan merasmikan persidangan pada 08 November 2016 bersamaan 08 Safar 1438 hijrah.Seramai lebih kurang 380 peserta terdiri daripada pengamal kehakiman dan perundangan dari seluruh pelosok tanah air menghadiri Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Turut serta dalam persidangan ini adalah delegasi luar negara terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Singapura, Republik Indonesia dan Thailand seramai 13 orang.  

 

Bertemakan Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Mendepani Cabaran Globalisasi, persidangan ini berjaya menemukan kalangan yang bertugas sebagai Hakim Syarie, Pegawai Pendakwa Syarie, Peguam Syarie, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Pegawai-Pegawai Syariah yang bertugas di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan kementerian.

 

Objektif persidangan ini bertujuan mewujudkan salah satu wadah perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memastikan fungsi jabatan sebagai penyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman Syariah bagi diterima pakai di Negeri-Negeri di seluruh Malaysia dapat dilaksanakan. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama Negara-negara Nusantara yang lebih erat menerusi perkongsian maklumat berhubung kehakiman dan perundangan Syariah antara Malaysia dan Pengurusan Tertinggi Kehakiman Syariah Negara-Negara Nusantara.

 

Persidangan kali ini telah menghasilkan perkembangan positif di kalangan negara terlibat dan mencari amalan terbaik yang boleh dicontohi oleh semua institusi kehakiman dan perundangan Syariah. Antara resolusi persidangan ini ialah :-

 

i) Menubuhkan Majlis Perundangan dan Kehakiman Syariah Nusantara (MPKSN) sebagai platform bagi mewujudkan persefahaman dan jalinan kerjasama secara khusus dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah.

 

ii) Menubuhkan Sekretariat Negara Kehakiman Syariah Nusantara sebagai medium komunikasi baharu bagi mewujudkan rangkaian perhubungan antara negara-negara nusantara.

 

iii) Mewujudkan peruntukkan undang-undang dalam Akta /Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Kaedah di setiap negeri bagi membolehkan pelaksanaan perintah diterima oleh negara-negara nusantara.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

1.png7.png5.png5.png7.png1.png
This month16424
Total175571
Jumaat, 23 Jun 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 21 Jun 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family