wrapper

Pengumuman

EDARAN BUNTING BSK TRANSIT BAGI TUJUAN PROMOSI DI PREMIS TUMPUAN UMUM

14 Nov (ISNIN) – Dalam usaha mempromosikan BSK Transit kepada orang awam, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengedarkan bunting-bunting berkenaan BSK Transit ke jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang menjadi tumpuan umum.

Edaran bunting kali pertama telah dibuat pada 29 September 2016 di jabatan kerajaan dan swasta sekitar Putrajaya antaranya Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Putrajaya Sentral.

Pada 14 November pula, edaran bunting BSK Transit kali kedua telah dibuat di premis kerajaan sekitar Kuala Lumpur seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Kuala Lumpur, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur.

 

Diharapkan agar usaha ini dapat mempromosikan BSK Transit yang beralamat di Presint 18, Putrajaya dan Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada umum secara lebih meluas lagi. Hal ini kerana, BSK Transit telah diperluaskan penggunaannya bukan hanya kepada pelanggan BSK dan Mahkamah Syariah, tetapi juga kepada pelanggan JBG  dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Usaha mempromosikan BSK Transit ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam segala aktiviti promosi BSK bagi memberikan pendedahan kepada umum.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png2.png1.png6.png4.png1.png
This month16481
Total221641
Sabtu, 19 Ogos 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 09 Ogos 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family