wrapper

Pengumuman

MESYUARAT KETUA-KETUA HAKIM SYARIE

NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA KALI KE-44 BIL.3/2016 DAN MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA ZON TENGAH KALI KE-27 BIL.3/2016

 

 

PUTRAJAYA 26 Oktober 2016 bersamaan 25 Muharam 1437H, Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Kali Ke-44 Bil.3/2016 dan Muzakarah Hakim-hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Zon Tengah Kali Ke-27 Bil.3/2016 yang diurusetiakan oleh Seksyen Keurusetian, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM telah diadakan di   Glossary Link Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Mesyuarat Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Kali Ke-44 Bil.3/2016 yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, telah dihadiri oleh YA Hakim-hakim Rayuan Syariah, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang , Negeri Selangor, manakala bagi Negeri Sembilan,  Sabah dan Perlis telah dihadiri oleh Ketua Glossary Link Pendaftar selaku wakil kepada Ketua Hakim Syarie negeri tersebut. Turut sama hadir ialah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan), Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM , Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua Unit Integriti JKSM.

 

Dalam  perutusan tersebut, YAA Tan Sri Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menarik perhatian ahli mesyuarat agar mengambil perhatian serius berkaitan isu integriti serta menjauhkan diri dan kakitangan daripada terlibat dengan sebarang penyalahgunaan kuasa khususnya melibatkan isu rasuah. Pemantauan berkala terhadap setiap tugasan pegawai bawahan amat perlu bagi memastikan kelicinan pentadbiran pengurusan di Jabatan.

 

Di samping itu satu Kertas Konsep yang bertajuk “Kajian Ganti Rugi Perkahwinan”  telah dibentangkan oleh Tuan Shukeri Najib bin Ab. Rahim, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) JKSM dalam mesyuarat tersebut.

 

Serentak dengan mesyuarat itu juga,  satu Muzakarah Hakim-hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Zon Tengah Kali Ke-27 Bil.3/2016 turut dijalankan. Muzakarah yang dipengerusikan oleh YA Tuan Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, telah membangkitkan isu-isu sebagaimana berikut

i)                     penzahiran dokumen yang difailkan oleh pihak ketika dan semasa  Glossary Link perbicaraan sedang berjalan.

ii)            pengeluaran sepina dan waran tangkap terhadap orang yang dikeluarkan sepina dan keengganan orang tersebut untuk memberi    kerjasama kepada Mahkamah.

iii)                peruntukan lakuna hanya terdapat didalam Tatacara Mal sahaja manakala di dalam Tatacara Jenayah tidak ada peruntukan      berkaitan lakuna.

 

            

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png4.png6.png5.png7.png
This month18498
Total314657
Sabtu, 25 November 2017

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Jumaat 24 November 2017.

Pautan Laman

   

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family