wrapper

Pengumuman

BSK JOHOR SERTAI KARNIVAL USAHAWAN ASNAF (KUA) 2016

 

 

Jabatan Glossary Link Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan usahasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengadakan Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2016 pada 01-03 Disember 2016 bersamaan dengan 01-03 Rabiul Awal 1438 H bertempat di Padang C, Plaza Angsana Johor Bahru, Johor. Pelbagai acara menarik yang telah diatur oleh pihak penganjur antaranya seperti Pameran Kereta Klasik, Pameran Motosikal Klasik & Vespa, Global Zakat Game (Bijak Zakat), Pertandingan Seni Kaligrafi Khat Bawah 16 Tahun dan Terbuka, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Bilal Muda (Azan), Persembahan Pentomen, Persembahan Nasyid dari Zul Handy Black dan UNIC, Food Truck Fiesta, Kids Wonderland dan lain-lain lagi. YAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mencemar duli merasmikan karnival berkenaan.

Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor turut tidak ketinggalan menyertai karnival tersebut dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan dan Reruai Pameran yang mana di dalamnya turut memaparkan Sejarah dan Latarbelakang Glossary Link Mahkamah Syariah Negeri Johor, Visi, Misi serta Fungsi JKSNJ. Selain itu, maklumat berkaitan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Sulh juga dipaparkan sebagai rangka promosi dan hebahan yang berterusan. Pengunjung-pengunjung kehormat telah meluangkan masa mengunjungi reruai pameran JKSNJ dan mereka termasuklah YB Sohibus Samahah Dato’ Haji M.Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, Glossary Link Mufti Negeri Johor, YAA Dato’ Haji Amir bin Danuri, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor dan Tuan Haji Jainal Sakiban, Timbalan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor merangkap Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (Cawangan Negeri Johor). Selain JKSNJ, pelbagai agensi lain telah turut sama membuka kaunter perkhidmatan dan reruai pameran antaranya Kunter Pengiraan dan Pembayaran Fidyah (MAINJ), Kaunter Agihan Zakat (MAINJ), Kaunter Fidyah (MAINJ), Kaunter Saham Wakaf Johor (MAINJ), Kaunter Permohonan Kad Nikah (Bahagian Glossary Link Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor, Pameran Bomba dan Demonstrasi Pemadaman Api, Pameran Time Tunnel Info Zakat (JAWHAR), Pameran Johor Southern Tigers (JDT), Pameran Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pameran dan Jualan ASNAF dari seluruh Malaysia, Tabung Haji dan sebagainya.

Pengunjung-pengunjung yang terdiri dari orang awam telah berpeluang mengajukan soalan dan meminta pandangan tentang permasalahan yang dihadapi dan rata-rata melahirkan rasa terima kasih atas kesudian BSK,JKSNJ membuat aktiviti turun padang seperti ini bagi mendengar denyut nadi rakyat secara lebih dekat dan mesra. Untuk rekod, BSK,JKSNJ telah menyertai acara seperti ini sejak tahun 2010 sebagai salah satu cara memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan dalam usaha merakyatkan perkhidmatan BSK, JKSNJ.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png6.png0.png0.png7.png5.png
This month25450
Total260075
Isnin, 25 September 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 19 September 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family