wrapper

Pengumuman

KENYATAAN MEDIA MAKLUMAN PERPINDAHAN IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

                                                                

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)


BERKENAAN

MAKLUMAN PERPINDAHAN IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

 

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat JKSM di Blok D7, Kompleks D, Putrajaya akan memulakan operasi perpindahan secara berperingkat ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya (berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya) mulai 9 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017. JKSM akan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Islam Putrajaya mulai 2 Februari 2017. Alamat baharu JKSM seperti berikut :

 

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya

No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman

Presint 3, 62100 Putrajaya

 

No.Telefon JKSM (Operator)       :           03-8870 9200                     

No. Faks JKSM                             :           03-8870 9500

>No. Helpdesk JKSM                   :           03-8870 9400          

 

Sehubungan itu, dalam tempoh perpindahan ini ( 9 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017 ), semua urusan rasmi berkaitan JKSM masih menggunakan alamat dan no. telefon JKSM yang sedia ada.

 

JKSM memohon maaf sekiranya ada pihak yang mengalami kesulitan untuk melakukan urusan rasmi dengan pihak kami di sepanjang tempoh perpindahan ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat JKSM di talian 03-8886 4800.

 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

 

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

 

5 Januari 2017

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png2.png1.png6.png4.png1.png
This month16481
Total221641
Sabtu, 19 Ogos 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 09 Ogos 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family