wrapper

Pengumuman

PUTRAJAYA, 13 Februari 2017-    Program Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM  Tahun 2017 telah diadakan di Dewan Serba Guna JKSM, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya. Seramai 355 orang peserta hadir terdiri daripada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Ketua Pendakwa Syarie Negeri-negeri dan Pegawai Syariah di agensi Persekutuan dan Negeri.

Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie ini diadakan sebagai medium dan tempat kepada Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie berpeluang bertemu dan menitipkan amanat kepada Pegawai Syariah Seluruh Malaysia untuk diterjemahkan dalam tugasan dan tanggungjawab di agensi masing-masing dan ia menjadi pembuka tirai bagi perancangan dan pelaksanaan program JKSM pada tahun 2017.

Pada tahun 2017 ini, dengan tema “Pegawai Syariah Yang Berketerampilan Dalam Mendepani Cabaran Global” YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menggariskan Sembilan (9) hala tuju agar Pegawai Syariah lebih fokus dan terarah dalam menggerakkan nadi setiap bahagian dan jabatan.

9 Hala Tuju:
•    Pertama :Memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah
•    Kedua :Memperkasakan pegawai syariah melalui penguasaan ilmu secara berterusan
•    Ketiga : Mempraktikkan budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti dalam amalan kerja seharian
•    Keempat :Kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan
•    Kelima :Melebarkan jaringan kerjasama dengan Negara-negara nusantara
•    Keenam :Saranan agar pegawai dan kakitangan tidak berkecimpung dalam politik
•    Ketujuh :Memelihara kebajikan pegawai dan kakitangan
•    Kelapan :Mengoptimumkan penggunaan aplikasi ICT serta menjaga aset jabatan
•    Kesembilan :    Memartabatkan pegawai dan kakitangan wanita.

13/02/2017 - Wa...
13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017 13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017
13/02/2017 - Wa...
13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017 13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017
13/02/2017 - Wa...
13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017 13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017
13/02/2017 - Wa...
13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017 13/02/2017 - Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jksm Tahun 2017

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

1.png7.png5.png5.png7.png2.png
This month16425
Total175572
Jumaat, 23 Jun 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 21 Jun 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family