wrapper

Pengumuman

SABAH 9 Mei 2017 bersamaan 12 Sya’ban 1438H, Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Kali Ke-45 Bil.1/2017dan Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna sama Kali Ke-28 (Zon Sabah) Bil.1/2017 yang diurusetiakan oleh Seksyen Keurusetian, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna sama Kali Ke-45 Bil.1/2017 yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh YA Hakim-Hakim Rayuan Syariah, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri dari Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, manakala bagi Negeri Melaka, Selangor dan Perlis telah dihadiri oleh wakil Ketua Hakim Syarie Negeri. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Pengarah-Pengarah Kanan JKSM , Pengarah-pengarah Bahagian.

YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YAA Dato’ Abdul Walid bin Abu Hasan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang atas penerimaaan Anugerah Buku Negara pada 2 Mei 2017 di bawah kategori Buku Undang-Undang Syariah Terbaik menerusi buku penulisan beliau yang bertajuk “Hak-Hak Wanita Menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia” sempena Majlis Anugerah Buku Negara 2017.

Selain itu juga, ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kumpulan KIK JKSM iaitu Kumpulan ITQAN dengan tajuk  “Penambahbaikan Proses Penyediaan Perintah Bagi Kes Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah”.

Kumpulan ITQAN telah menerima 2 anugerah baru-baru ini sempena Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 bertempat di Hotel Ixora Prai, Pulau Pinang iaitu Anugerah EMAS dan Anugerah Team Excellence Muda Terbaik.

Selanjutnya, ucapan tahniah dan penghargaan kepada warga JKSM  dengan kerjasama semua, jabatan telah menerima Anugerah Utama Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2016 dengan pencapaian 100% daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Anugerah tersebut telah diterima pada 8 Mei 2017 dan  JKSM merupakan antara 17 agensi di kalangan kementerian dan jabatan yang menerima anugerah tersebut.
 
Serentak dengan mesyuarat tersebut, turut diadakan Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna sama Kali Ke-28 (Zon Sabah) Bil.1/2017 yang membincangkan isu-isu berkaitan ad litem.

01
01 01
02
02 02
03
03 03
04
04 04
05
05 05

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

1.png7.png5.png5.png7.png3.png
This month16426
Total175573
Jumaat, 23 Jun 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 21 Jun 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family