wrapper

Pengumuman

Kota Kinabalu, 15 Mei 2017, YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah di  Kota Kinabalu.


Lawatan kerja tersebut adalah sebagai medium untuk meningkatkan hubungan positif antara pihak pengurusan atasan dengan para pegawai yang bertugas di peringkat negeri dan akar umbi di samping untuk mengenal pasti masalah-masalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Syariah agar pengurusan jabatan dapat berjalan dengan baik dan Mahkamah dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Selain itu peringatan kepada pegawai dan kakitangan juga diberikan supaya mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YA Dato’ Seri Haji Dr. Md. Yusup bin Che Teh (Hakim Mahkamah Rayuan JKSM), Tuan Haji Mohd Zain bin Ibrahim (Pengarah Kanan (Pengurusan)), Puan Rackmawatie binti Lokman (Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia) dan Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor (Penolong Pengarah Kanan Unit Integriti).

 

Papar, 16 Mei 2017, YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Rendah Syariah Papar dan melawat tapak cadangan projek pembinaan bangunan Mahkamah Syariah Papar. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahim Ismail (ADUN Pantai Manis).

 

Lawatan  Ke  Tapak Cadangan Projek Pembinaan Bangunan Mahkamah Syariah Papar, Sabah

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png0.png2.png3.png6.png9.png
This month23283
Total202369
Jumaat, 28 Julai 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Jumaat 28 Julai 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family