wrapper

Pengumuman

PUTRAJAYA – Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)  dengan kerjasama Bahagian Sokongan Keluarga telah menganjurkan kursus Tatacara Pelaksanaan Perintah : Rampas dan Jual pada 18 – 20 Julai 2017  bertempat di Bilik Latihan Aras 4 JKSM. Kursus tersebut telah dihadiri oleh para bailiff Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri gred LS29 dan kakitangan BSK di ibu pejabat gred LS 17 dan LS 29. Dua orang penceramah iaitu Tuan Hirman dari Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan dan Tuan Kamal Bashah Bin Tajuddin Pegawai Penyelidk Kanan JKSM telah bertindak sebagai penceramah bagi kursus tersebut.

Objektif kursus antaranya adalah bagi memberi kefahaman berhubung peranan dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada bailif dalam malaksanakan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah dan memberi pendedahan kaedah penguatkuasaan yang digunapakai di Mahkamah Sivil. Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi pengalaman berhubung kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Negeri masing-masing.

Bahagian Sokongan Keluarga merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaaan kepada Bahagian Latihan atas penganjuran kursus yang sangat bermanfaat ini.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png2.png1.png6.png4.png1.png
This month16481
Total221641
Sabtu, 19 Ogos 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 09 Ogos 2017.

Pautan Laman

   

 

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family