wrapper

Pengumuman

PUTRAJAYA 17 Ogos 2017 bersamaan 24 Zulkaedah 1438H, Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Kali Ke-46 Bil.2/2017dan Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna sama Kali Ke-29 (Zon Utara dan Tengah) Bil.2/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3.

Mesyuarat Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna Sama Kali Ke-46 Bil.2/2017 yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dihadiri oleh YA Hakim-Hakim Rayuan Syariah, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Selangor manakala bagi Negeri Pulau Pinang,  Wilayah Persekutuan  dan Sabah telah dihadiri oleh wakil Ketua Hakim Syarie Negeri. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Pengarah-pengarah Kanan JKSM dan Pengarah-pengarah Bahagian.

YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dalam ucap utamanya telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YBhg. YA Dato’ Seri Dr.  Md Yusup bin Che Teh, mantan Hakim Rayuan Syariah JKSM, yang telah bersara pada 30 Jun 2017. Ucapan Tahniah dan penghargaan juga turut diucapkan kepada YA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd. Naim bin Mokhtar dan YA Tuan Amran bin Mat Zain atas kenaikan pangkat sebagai Hakim Glossary Link Mahkamah Rayuan Syariah JKSM berkuat kuasa 1 Julai 2017.

Dalam mesyuarat ini YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menarik perhatian YAA Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri berhubung penggunaan e-faraid di Negeri-negeri yang dilihat sebagai satu inovasi bagi  menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Serentak dengan mesyuarat tersebut, turut diadakan Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Guna sama Kali Ke-29 (Zon Utara dan Tengah) Bil.2/2017 yang membincangkan isu-isu berkaitan ad litem.

Mesyuarat dan Muzakarah ini merupakan mesyuarat dan muzakarah yang terakhir bagi YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut sebelum YAA Tan Sri Dato Setia Dr. bersara pada 31 Ogos 2017.

170817 - MESYUA...
170817 - MESYUARAT KETUA-KETUA HAKIM SYARIE  NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA KALI KE-46 BIL.2/2017 DAN MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA KALI KE-29 (ZON UTARA DAN TENGAH) BIL.2/2017 170817 - MESYUARAT KETUA-KETUA HAKIM SYARIE  NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA KALI KE-46 BIL.2/2017 DAN MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PERKHIDMATAN GUNA SAMA KALI KE-29 (ZON UTARA DAN TENGAH) BIL.2/2017

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

2.png6.png0.png1.png0.png0.png
This month25475
Total260100
Isnin, 25 September 2017
  • Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 19 September 2017.

Pautan Laman

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family