wrapper

Pengumuman

23- 25 Oktober 2017 (Isnin hingga Rabu)  - Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK)  telah mengadakan Muzakarah Pegawai dan Kakitangan BSK Tahun 2017 bertempat di Institut Latihan Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UITM Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai  yang melibatkan penyertaan seramai 73 orang Pegawai dan kakitangan BSK daripada seluruh Malaysia.

Muzakarah ini merupakan acara tahunan BSK yang dilaksanakan sebagai satu forum untuk membincangkan isu dan permasalahan semasa yang berkaitan dengan usul-usul Negeri, SKT Tahunan Pegawai & Kakitangan dan aktiviti BSK. Setiap isu yang diusulkan dapat dirungkaikan serta menjadi penanda aras kepada KPI YB Menteri & Ketua Pengarah JKSM selaras dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di negeri. Di samping itu, slot pengisian LDK turut diadakan bagi memantapkan kompentensi dan pengukuhan keupayaan di kalangan peserta yang dikelolakan oleh Encik Ahmad Azam bin Hassan bersama 2 orang pembantu iaitu Puan Nurul Liza binti Muklas dan Cik Siti Zubaidah binti Othman daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Turut hadir bersama dalam Majlis Perasmian ini adalah Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Ketua Glossary Link Pendaftar JKSM. Dalam majlis yang sama, Y.A.A Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Laman Facebook BSK dan BSK Transit sebagai usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Pada hari terakhir program, majlis makan malam telah diadakan di Anjung Sendayan, Dewan Makan ILD dan pihak urus setia telah menyediakan beberapa aktiviti permainan dan cabutan bertuah kepada peserta yang turut dihadiri oleh Encik Hatta bin Haji Udin, Ketua Unit Jualan dan Pemasaran ILD UITM bersama Puan Zuraidah bt Ayob, Pengarah BSK bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

23102017 - MUZA...
23102017 - MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) TAHUN 2017 23102017 - MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) TAHUN 2017

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png7.png0.png1.png
This month8
Total312701
Selasa, 12 Disember 2017

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Selasa 12 Disember 2017.

Pautan Laman

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family