wrapper

Pengumuman

Khamis, 23 November 2017 00:00

PAMERAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) DAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA SEMINAR PEMBANGUNAN ASNAF SERANTAU DAN KARNIVAL USAHAWAN ASNAF (KUASA ASNAF 2017) SEMPENA SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

KUALA LUMPUR - Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah membuka kaunter informasi di Seminar Pembangunan Asnaf Serantau dan Karnival Usahawan Asnaf (Kuasa Asnaf 2017) sempena sambutan Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2017 yang berlangsung selama dua (2) hari pada 23 dan 24 November 2017 di perkarangan Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Seminar dan karnival ini dianjurkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) dengan objektif seperti berikut:

i.    Menyampaikan maklumat menjana pendapatan melalui perniagaan bagi menaik taraf golongan fakir miskin kepada golongan yang terbela dan dari golongan menerima zakat kepada pembayar zakat;
ii.    Mengenal pasti potensi Asnaf yang produktif supaya dapat mengubah keadaan kepada yang lebih baik; dan
iii.    Memastikan golongan Asnaf yang menerima zakat bersama-sama Baitumal MAIWP bekerjasama dalam agenda pembangunan insan.

Di samping itu, pegawai-pegawai BSK telah memberikan khidmat nasihat berkaitan perundangan Syariah dan hebahan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh BSK JKSM  kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Read 420 times

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png3.png2.png0.png8.png
This month515
Total313208
Khamis, 15 November 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Isnin 12 November 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family