wrapper

Pengumuman

Has no content to show!

PUTRAJAYA : Majlis Pelancaran AKRAB JKSM telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada 19 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Utama, JKSM.

Majlis pelancaran AKRAB JKSM telah memperkenalkan Jawatankuasa AKRAB JKSM yang dipengerusikan oleh Tuan Abu Bakar Bin Haji Mohd Daud, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, JKSM. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membuat hebahan tentang peranan Rakan Pembimbing kepada warga kerja jabatan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran, Montaj pelancaran AKRAB JKSM dan taklimat mengenai AKRAB dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah yang disampaikan oleh Puan Siti Zubaidah Binti Othman Siru, Pegawai Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi), Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis turut dimeriahkan dengan kuiz kahoot mengenai AKRAB dengan penglibatan semua warga kerja. Semoga warga jabatan dapat mengambil manfaat dengan kewujudan AKRAB ini. Pengurusan Sumber Manusia juga disaran untuk terus menghantar warga jabatan mengikuti kursus peningkatan kemahiran kaunseling bagi menambah bilangan ahli AKRAB pada masa akan datang. Warga JKSM boleh melayari laman web JKSM atau di http://bit.ly/akrabjksm bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKRAB JKSM.

19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM
19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM
19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM
19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM
19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM
19012018 - MAJL...
19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM 19012018 - MAJLIS PELANCARAN AKRAB JKSM

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png9.png5.png1.png
This month258
Total312951
Selasa, 17 Julai 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Isnin 02 Julai 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family