wrapper

Pengumuman

Has no content to show!

CYBERJAYA, 10 April 2018 – Satu kunjungan hormat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah diadakan. Delegasi BSK JKSM yang diketuai oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Mohd Nadzri Abdul Rahman bersama Pengarah dan pegawai-pegawai daripada BSK JKSM, turut disertai oleh Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Negeri Sembilan, Tuan Khairil Hafiz Nazari dan Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Selangor, Tuan Amir Firdaus Sidin.

    Delegasi BSK JKSM telah disambut oleh Encik Masidi Bin Zelika dari Jabatan Pungutan Hasil bersama wakil-wakil jabatan LHDNM. Seterusnya, Tuan Mohd. Nadzri telah memberikan ucapan bagi mewakili pihak delegasi dan menyatakan hasrat kunjungan hormat, sebelum menyerahkan kepada Puan Zuraidah Ayob bagi pembentangan berkaitan BSK.

    Antara agenda yang dibincangkan sewaktu sesi dialog di antara delegasi BSK dan LHDNM adalah berkaitan isu pengesanan maklumat Glossary Link Penghutang Penghakiman bagi menguatkuasa dan melaksana Glossary Link perintah Glossary Link Nafkah yang dikeluarkan oleh Glossary Link Mahkamah Syariah. LHDNM telah menyatakan bahawa pihak mereka adalah terikat dengan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri berkaitan kerahsiaan maklumat dan hanya dapat disalurkan dengan kebenaran Menteri Kewangan. Cadangan yang dikemukakan kepada pihak BSK adalah supaya “blanket approval” diperolehi daripada pihak Kementerian Kewangan bagi penzahiran dokumen untuk tujuan pengesanan maklumat Penghutang Glossary Link Penghakiman. Cadangan lanjut adalah supaya segala permohonan penzahiran dokumen dikemukakan kepada pihak LHDNM secara “bundle” dan bukan secara berasingan bagi memudahkan urusan permohonan diangkat ke pihak Kementerian Kewangan bagi kelulusan.

100418 - LAPORA...
100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) 100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
100418 - LAPORA...
100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) 100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
100418 - LAPORA...
100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) 100418 - LAPORAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)


    Hubungan kerjasama di antara BSK dan LHDNM dalam aspek kutipan balik pendahuluan dana turut dibincangkan sewaktu sesi dialog. Antara cadangan yang boleh diperhalusi adalah pelantikan pihak LHDNM sebagai agen kutipan bagi pembayaran balik pendahuluan dana kepada pihak BSK. Pihak BSK telah dimaklumkan bahawa LHDNM merupakan agen kutipan kepada Tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Disamping itu, pihak BSK juga boleh menyalurkan maklumat Penghutang Penghakiman (PhP) kepada LHDNM bagi tujuan sekatan atau kuiri sekiranya pihak PhP ada membuat tuntutan pelepasan cukai bagi pembayaran alimoni kepada isteri atau pembayaran nafkah kepada anak-anak. Sekiranya pihak PhP gagal membuktikan pembayaran tersebut telah dibuat pada tahun taksiran, LHDNM boleh mengenakan surcaj dan PhP boleh didakwa keranan mengemukakan tuntutan atau taksiran palsu.

    Pihak LHDNM turut berkongsi pengalaman kerjasama pihak mereka dengan Bank Negara Malaysia. Inisiatif yang dicadangkan kepada pihak BSK adalah untuk merujuk kepada Bank Negara Malaysia dalam usaha mendapatkan maklumat akaun bank PhP bagi tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah. Ini bagi memastikan proses penguatkuasaan dan pelaksanaan yang berkesan dapat dilaksanakan oleh BSK.

    Kunjungan hormat berakhir pada jam 12.30 tengah hari selepas sesi penyampaian cenderamata daripada kedua-dua pihak BSK dan LHDNM.

Sekian.

Disediakan oleh:

Ahmad Husaini Othman
Seksyen Pengurusan Dana, BSK Transit, e-Nafkah dan Pengesanan Maklumat
Bahagian Sokongan Keluarga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png9.png5.png2.png
This month259
Total312952
Selasa, 17 Julai 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Isnin 02 Julai 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family