wrapper

Pengumuman

PUTRAJAYA: Persidangan Ketua-Ketua Glossary Link Pendaftar Nikah, Glossary Link Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri dan Ketua-Ketua Pendaftar Glossary Link Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia kali Keenam Tahun 2018 pada 11 Julai 2018 diadakan di Aras 5, Bilik Mesyuarat Utama, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh JKSM selaku tuan rumah dan dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Yusof Bin Musa Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sementara pengerusi bersama bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diwakili oleh YBrs. Tuan Ruslan Bin Said, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.  

Ahli persidangan terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Negeri-negeri serta urus setia BPKR, JKSM dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Persidangan kali ini turut membincangkan Pelaksanaan Pemakaian Standard Operating Procedure (Permohonan Glossary Link Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan)  SOP 4P di Negeri-negeri dan Cadangan Standard Operating Procedure (SOP) Perkahwinan Bawah Umur. Di samping itu, pengisian persidangan turut berkongsi maklumat melalui slot taklimat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Bahagian Visa, Pas dan Permit , Jabatan Imigresen.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png4.png0.png4.png6.png
This month1353
Total314046
Khamis, 13 Disember 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 12 Disember 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family