Putrajaya : Majlis Perjumpaan YB Dato’ Dr.Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri JPM ( Agama ) ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat daripada YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM.
Majlis ini telah diadakan di aras 5, Bilik Mesyuarat Utama Blok C, Kompleks Islam Putrajaya. Program ini turut dihadiri oleh YA Hakim-hakim Rayuan Syariah, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri,Pengarah-pengarah Kanan dan Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSM.
Sesi Interaktif bersama YB Menteri dan YB Timbalan Menteri JPM telah membincangkan isu-isu berkaitan Perkahwinan kanak-kanak atau perkahwinan bawah umur serta isu-isu yang berkait dengan Kesejahteraan kanak-kanak dan
Mahkamah Syariah di Malaysia.
Disamping itu, majlis perjumpaan ini turut berkongsi maklumat melalui slide taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Kanan ( Kehakiman ) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.