wrapper

Pengumuman

PUTRAJAYA:  Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 23 Oktober 2018. Persidangan kali ini berkonsepkan seminar sehari. Seramai 300 orang peserta menghadiri persidangan ini terdiri daripada Pegawai Syariah dari seluruh Malaysia.

Selaras dengan tema “Memperkasakan Kehakiman Syariah di Malaysia”.   Pendekatan pengisian program menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman, Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dalam pembacaan kitab  “Adab al-Qadhi Berdasarkan Glossary Link Hukum Syarak”.  Di samping itu, persidangan diserikan dengan sesi forum bertajuk “Memartabatkan Pegawai Syariah Wanita di Glossary Link Mahkamah Syariah” yang dibarisi oleh ahli panel terdiri daripada YAA Dato’ Sri Haji Rahman bin Md Yunos, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang, YBhg. Datuk Dr. Norhafizah binti Musa, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Ketua Glossary Link Pendaftar JKSM selaku moderator.

Selanjutnya, perasmian penutupan persidangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). YB Menteri juga turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Letter of Intent (LoI) bagi kerjasama akademik antara JKSM oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diwakili oleh Yang Berbahagia Prof Dr. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diwakili oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Khairul Azman bin Mohd Suhaimi, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum.

231018 - PERSID...
231018 - PERSIDANGAN TAHUNAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA  KALI KE-17 TAHUN 2018 231018 - PERSIDANGAN TAHUNAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA  KALI KE-17 TAHUN 2018

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png4.png0.png4.png0.png
This month1347
Total314040
Khamis, 13 Disember 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 12 Disember 2018.

Pautan Laman

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family