wrapper

Pengumuman

KUALA LUMPUR – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM dengan kerjasama BSK Seksyen Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kunjung Hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur pada 28 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai oleh lima orang pegawai daripada JKSM dan BSK Seksyen Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh YBhg. Tuan Shamsuddin bin Hussain, Pengarah BSK JKSM, Puan Rafidah binti Abdul Razak, Pegawai Penyelidik JKSM, Puan Salmi Amalia binti Jamil, Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Wilayah Persekutuan. Manakala di pihak IPK Kuala Lumpur pula ialah YDH. Datuk Seri Mazlan bin Lazim, Ketua Polis IPK Kuala Lumpur, YDH. Datuk Zainuddin bin Yaakub, Timbalan Ketua Polis IPK Kuala Lumpur bersama Pegawai dari IPK Kuala Lumpur.

Antara isu dan permasalahan yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan waran tangkap, pelaksanaan waran pemenjaraan terhadap Glossary Link penghutang penghakiman dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan Glossary Link perintah Glossary Link nafkah. Sehubungan itu, menerusi program ini akan mewujudkan jalinan kerjasama pintar pada masa akan datang antara BSK JKSM, BSK Seksyen Wilayah Persekutuan dan IPK Kuala Lumpur.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png9.png4.png4.png
This month251
Total312944
Jumaat, 26 April 2019

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 24 April 2019.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family