wrapper

Pengumuman

Kuala Lumpur – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK) JKSM dengan kerjasama Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah mengadakan Program Pengukuhan Sistem Sokongan Institusi Kekeluargaan di Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM (IDIP) Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019 (Sabtu).

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada saudara baru, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan mengenai isu semasa berkaitan institusi kekeluargaan di Malaysia, peranan Glossary Link Mahkamah Syariah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) serta isu kekeluargaan dan kaedah penyelesaian konflik antara pihak-pihak.

Pengisian program ialah dengan  menampilkan 3 orang pembentang pada sesi pagi sehingga petang. Pembentangan kertas kerja yang pertama bertajuk Peranan Mahkamah Syariah Dalam Mengukuhkan Institusi Keluarga yang telah disampaikan oleh YAA Tuan Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, manakala pembentang yang kedua bertajuk Sistem Sokongan Keluarga Ke Arah Pemantapan Institusi Kekeluargaan yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Noor Aziah binti Hj. Mohd Awal, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM. Bagi sesi petang pula ceramah bertajuk Pemantapan Institusi Keluarga Ke Arah Melahirkan Masyarakat Berkualiti yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amran bin Hassan, Pegawai Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Noor, Setiusaha Agung Kehormat PERKIM dan turut hadir bersama dalam Majlis Perasmian ini ialah YA Tuan Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM
serta Pegawai-Pegawai Kanan JKSM dan PERKIM.

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png3.png0.png4.png6.png
This month353
Total313046
Jumaat, 26 April 2019

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 24 April 2019.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family