wrapper

Pengumuman

 

YAA Dato' Dr. Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah sudi menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada pagi ini di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM.

 

Majlis amanat ini merupakan pertemuan sulung YAA Dato' bersama semua warga JKSM sejak pelantikan beliau pada 1 April 2019.

 

YAA Dato' menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih atas peluang yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Mahathir bin Mohamad dan Menteri di JPM, YB Dato' Seri Mujahid bin Yusof untuk menerajui sistem kehakiman syariah negara.

 

Walaubagaimanapun, beliau menganggap pelantikan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang cukup besar yang tidak boleh dipandang ringan.

 

YAA Dato' menekankan dalam ucapan beliau bahawa satu anjakan paradigma dari segi minda dan tatacara kerja perlu dilaksanakan oleh semua warga JKSM dalam bersama-sama mengembleng fikiran dan tenaga bagi menaikkan mutu sistem kehakiman syariah ke arah yang lebih cemerlang.

 

Ini selaras dengan visi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang inginkan Institusi Kehakiman Syariah menjadi institusi yang unggul menjelang 2025.

 

Justeru, YAA Dato' berharap bahawa setiap warga JKSM perlu meneruskan usaha tersebut berlandaskan tiga moto baharu yang beliau perkenalkan iaitu C.I.A yang membawa maksud "Cendikiawan, Ikhlas dan Amanah".

 

Setiap warga hendaklah sentiasa dahagakan ilmu, menganggap kerja itu ibadah dan sentiasa melaksanakan tugasan dengan penuh integriti.

 

Beliau juga mahu konsep Rahmatan Lila'lamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia menjadi panduan oleh semua warga JKSM ketika merancang semua program JKSM akan datang.

 

YAA Dato' yakin bahawa andainya kesemua elemen ini diambil berat, kejayaan pasti dicapai sekaligus memadamkan persepsi negatif di kalangan masyarakat awam.

 

Amanat YAA Dato' hari ini juga membawa konsep yang baharu iaitu 'meja bulat' selaras dengan keinginan YAA Dato' yang ingin membawa kepimpinan 'open door policy' iaitu semua warga bebas melontar idea yang bernas tanpa mengira  hierarki pangkat dan jawatan.

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM

8 APRIL 2019

080419 - MAJLIS...
080419 - MAJLIS AMANAT YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 080419 - MAJLIS AMANAT YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
080419 - MAJLIS...
080419 - MAJLIS AMANAT YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 080419 - MAJLIS AMANAT YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png9.png3.png7.png
This month244
Total312937
Jumaat, 26 April 2019

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 24 April 2019.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family