wrapper

Pengumuman

YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Dari Glossary Link Mahkamah Ke Bilik Darjah (MYC2C) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1), Putrajaya.

Program yang julung-julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum;  bertujuan untuk menerapkan ilmu berkaitan Glossary Link undang-undang dalam kalangan pelajar dari peringkat awal sekaligus mendidik pelajar dan golongan muda untuk menghormati undang-undang negara ini.

Antara pengisian program ini adalah lawatan ke mahkamah, hakim ke sekolah dan peguam muda yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam serta pejabat Glossary Link pendaftar mahkamah seluruh negara.

Idea MYC2C dicetuskan oleh Tan Sri Richard sendiri sebelum diterjemaahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tan Sri Richard berkesempatan mengucapkan tahniah atas pelantikan YAA Dato’ sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dalam ucapan perasmian beliau.

Jemputan ini juga merupakan satu permulaan hubungan baik antara dua institusi kehakiman negara.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Shaari Osman.

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

8 APRIL 2019

090419 - MAJLIS...
090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C) 090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C)
090419 - MAJLIS...
090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C) 090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C)
090419 - MAJLIS...
090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C) 090419 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DARI MAHKAMAH KE BILIK DARJAH (MYC2C)

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png3.png0.png7.png4.png
This month381
Total313074
Jumaat, 26 April 2019

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Rabu 24 April 2019.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family