wrapper

Pengumuman

Has no content to show!
  • Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

    Pemberian Glossary Link nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan. 

    i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah: 
    - Menyediakan makanan yang sepatutnya. 
    - Menyediakan pakaian yang sepatutnya. 
    - Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu. 
    - Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya. 

    ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie. 

    iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. 

    Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

    Read more
  • Apakah hikmat disyariatkan iddah?
    Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.
    Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta. Antara hikmat disyariatkan iddah ialah :

    i) Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan. 
    ii) Perkara ta'abbud (ibadat). 
    iii) Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa d dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes talaq rajie sahaja.
    Read more
  • Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

    Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati Glossary Link perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain: 

    i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; 
    ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; 
    iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, 

    tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Glossary Link Hukum Syarak.

    Read more

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png2.png9.png4.png5.png
This month252
Total312945
Isnin, 16 Julai 2018

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Isnin 02 Julai 2018.

Pautan Laman

   

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family