wrapper

Pengumuman

Senarai pertanyaan/cadangan/aduan yang dipaparkan ini adalah pertanyaan/cadangan/aduan orang awam yang telah dikemukakan melalui beberapa saluran bagi meningkatkan perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


Terima kasih di atas sokongan anda.

 

BIL NAMA PERTANYAAN/CADANGAN/ADUAN MAKLUMBALAS
1 Maimunah Assalamualaikum..saya ada daftar kes untuk memohon Glossary Link hak penjagaan Glossary Link anak-anak di Glossary Link mahkamah tinggi syariah tawau.Penetapan tarikh majlis sulh adalah tidak lewat 2 minggu dari tarikh daftar kes.saya daftar 3/8/16 dan diberikan notis hadir majlis sulh 29/8/16. Kalau ikutkan sudah lebih 2 minggu atau bahagian Glossary Link pendaftar salah tetapkan tarikh?

Assalamualaikum wrt dan salam 1Malaysia. Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Jabatan ini mengambil maklum akan perkara yang pihak Puan utarakan dan pihak kami akan cuba mendapatkan penjelasan daripada mahkamah yang terlibat. Walaubagaimanapun, adalah dipohon kerjasama pihak Puan untuk memberikan maklumat seperti no kes dan nama penuh Puan bagi memudahkan proses siasatan dijalankan.

Adalah dipohon kerjasama pihak Puan juga untuk meninggalkan nombor telefon untuk kami hubungi.

Segala kerjasama Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

2 Hafizah Hani Binti Azizan Assalamualaikum...

1. Apa kedudukan wali mujbir dalam uu negeri Perak?Dan sertakan apa uu/enakmennya?

2. Apakah ada perbandingan enakmen tentang wali mujbir di negeri-negeri yang lain?
3. Bagaimana Pertimbangan Hakim dalam memberikan Putusan Mahkamah Syariah dalam Kes Faraq Nikah?   
Waalaikumussalam dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Puan boleh rujuk kepada Enakmen Enakmen 6 Tahun 2004, Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.

Bagi kes Faraq Nikah, Hakim akan mendengar keterangan Pihak-piahk dan saksi-saksi serta bukti-bukti yang dikemukakan dan apabila Hakim berpuas hati maka Hakim akan membuat keputusan.
 
Sekian, terima kasih. Wassalam
3 Azman b Mohamed     Assalammualaikum. Mohon jasabaik pihak tuan memberi kefahaman kepada saya tentang Faraid dan yg berhak menerimanya.

KES:

Seorang sahabat saya yg kematian isteri, telah meninggal dunia dan meninggalkan 4orang anak.3 Lelaki dan 1 Perempuan. Ibunya masih hidup. Dari kefahaman saya,mereka diatas layak menerima faraid peninggalan arwah.

SOALAN 1: Apakah menantu dan cucu arwah layak membuat tuntutan faraid.

SOALAN 2: Siapakah lagi yg layak membuat tuntutan faraid.

SOALAN 3:Bagaimanakah pembahagian faraid harus dilakukan.

Mohon pihak tuan berikan pecahan faraid kepada mereka2 yg layak menerima.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan terimakasih.

Sekian.
Waalaikumussalam dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Mengenai Faraid, apabila seorang isteri meninggal dunia maka suami, anak-anak, ibu kepada arwah dan bapa kepada arwah wajib menerima bahagian masing-masing seperti yang ditetapkan dalam Hukum. Jika Encik ingin membuat kiraan, Encik boleh ke Laman Web JKSM dan pergi di bahagian Faraid dan pilih butang K-Faraid.

Walaubagaimanapun kami nasihatkan agar kawan Encik pergi ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk failkan kes Permohonan Faraid agar mendapat Glossary Link Perintah/ Sijil Faraid. Melalui Perintah Mahkamah jika ada pihak tidak berouas hati Maka ada bukti dan ada ruang untuk dibuat rayuan.

Semoga jawapan ini dapat membantu Encik. Jika Encik ingin hubungi kami maka Encik boleh ke talian 03-8886 4800 atau Encik boleh tinggalkan nombor telefon untuk kami hubungi semula. Sekian, terima kasih. Wassalam
4 Nora Assalammualaikum,saya ingin bertanya beberapa soalan tentang pernikahan luar negara. Bagaimanakah saya ingin mendaftar nikah di malaysia jika suami saya seorang anggota polis yang berpoligami? apakah prosuder dan syarat yang diperlukan? Waalaikumussalam dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Puan atau suami boleh ke Pejabat Agama Islam berdekatan untuk mendapatkan status perkahwinan tersebut atau Puan atau Suami boleh terus ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk mendapatkan Pengesahan Pernikahan Poligami.

Semoga jawapan ini dapat membantu Puan. Jika Puan ingin hubungi kami maka Puan boleh ke talian 03-8886 4800 atau Puan boleh tinggalkan nombor telefon untuk kami hubungi semula. Sekian, terima kasih. Wassalam
5 Jehan Safura Kharudin   Bagaimana cara untuk menuntut Glossary Link nafkah anak. Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Untuk membuat tuntutan bagi kes Nafkah Anak, Puan perlu failkan dahulu kes di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan atau dibekalkan di Mahkamah Syariah Negeri masing-masing. Selepas Puan mengisi borang dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen-dokumen lain seperti dalam senarai semak (cth ; salinan kad pengenalan, salinan surat nikah/ Glossary Link cerai, salinan surat kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain). Selepas Puan failkan kes, pihak Mahkamah akan semak dan jika berpuas hati maka kes Puan akan didaftarkan selepas bayaran kes dibuat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing. Selepas pendaftaran, Puan akan diberikan tarikh untuk sebutan kes/ majlis sulh(majlis perbincangan).
 
Semoga jawapan ini dapat membantu Puan. Jika Puan ingin hubungi kami maka Puan bolehlah ke talian 03-8886 4800 atau Puan boleh tinggalkan nombor telefon untuk kami hubungi semula. Sekian, terima kasih. Wassalam
6 nurul hidayah binti abdullah assalamualaikum saya nak tanye pasal sijil faraid.ayah saya meninggalkan semua Glossary Link harta dia tanpa penam.dia tidak mempunyai anak.cume anak angkat yang mengikut undang undang.dan seorang isteri warga indonesia.saya nak tahu prosedur untuk mendapatkan sijil faraid dan adakah anak angkat dapat bahgian dia dalam sjil faraid atau tidak.saya harap pihak tuan dapat membalas secepat mungkin    Waalaikumussalam Dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Kami bersimpati atas situasi Puan. Harta Pusaka atau pembahagian Faraid adalah kepada ahli waris si mati sahaja. Jika ada Glossary Link wasiat maka mengikut wasiat dan bolehlah dibuat pengesahan wasiat. Jika harta tersebut ada terlibat dengan tanah, maka Puan boleh ke Pejabat Tanah di bahagian Pusaka Kecil untuk mendapat maklumat berkaitan status tanah tersebut. Selain tanah maka Puan hendaklah membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa.
Hak anak angkat dalam pusaka/ faraid, jika anak angkat tersebut ada pertalian atau merupakan ahli waris si Mati maka anak angkat tersebut akan memperolehi bahagian masing-masing. namun jika anak angkat tiada pertalian maka tiada bahagian untuk anak angkat tersebut kecuali ada wasiat atau hiibbah.
7 SUZANA BINTI RAHMAD saya ingin mendaftarkan kes saya menggunakan talian..tapi bagaimana saya hendak mengisi, sebab sy sebagai plaintif so apabila sy ingin mengisi tambah Glossary Link defendan tidak boleh di simpan (sebab web tulis Glossary Link klien sudah di daftarkan) Mohon Puan rujuk di kaunter Mahkamah Syariah tempat puan tinggal atau bermastautin untuk mendapatkan bantuan selanjutnya kerana pendaftaran melalui talian adalah bersifat pra pendaftaran.
8 Norehan Binti Abdul Latif Assalammualaikum tuan/puan

Rakan sy telah berpoligami dan bernikah diluar Negara, dan kes pendaftaran pernikahan tersebut sedang berjalan (dalam erti kata lain masih belum ada sijil nikah dr malaysia)tetapi isteri yg dinikahi byk kali minta diceraikan.

1) Apa tindakkan yg harus diambil sekiranya isteri berkenaan, minta diceraikan sedangkan kes pendaftaran nikah belum selesai. Isteri berkenaan minta di cerai melalui wssp, byk kali, termasuk menghina suami.
 
Diharapkan pihak tuan dapat membantu, terima kasih atas kerjasama yg diberi
Waalaikumsalam...

Adalah lebih baik rakan tuan membuat pengesahan nikah terlebih dahulu untuk tujuan pendaftaran nikah tersebut di Jabatan Agama Islam yang berkaitan. Pendaftaran nikah ini sangat penting untuk mengelakkan timbul masalah perwalian, perwarisan dan lain-lain hak berbangkit dikemudian hari.

Berkaitan dengan perceraian pula, Glossary Link undang-undang pentadbiran di Malaysia menetapkan bahawa seseorang yang ingin menceraikan isteri harus mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu untuk mengelak daripada tindakan pendakwaan.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: (+603) 8870 9200
Fax: (+603) 8870 9500
Email:
portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian | Pasukan Web

Jumlah Pelawat

3.png1.png4.png6.png3.png5.png
This month18476
Total314635
Sabtu, 25 November 2017

    Laman ini terakhir dikemaskini pada: Jumaat 24 November 2017.

Pautan Laman

   

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family