SIDANG KES MAHKAMAH UTAMA SYARIAH NEGERI PERAK

24 Februari 2021: Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak hari ini telah bersidang bagi mendengar dan memutuskan kes Tuntutan Harta Sepencarian bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Alasan penghakiman setebal 43 mukasurat telah dibaca oleh YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar yang juga merupakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama Tan Sri Zulkifli Makinuddin dan Dato' Asa'ari Mohd Yazid.

Kes hari ini merupakan kes yang pertama diselesaikan oleh panel Hakim Utama Syariah Negeri Perak setelah menerima watikah pelantikan daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 12 Januari 2021 yang lepas.

Untuk rekod, kes ini hanya mengambil masa 7 bulan untuk diselesaikan dengan mengambil kira dari tempoh permohonan kebenaran merayu sehinggalkah rayuan merits diputuskan hari ini.

Negeri Perak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah yang merupakan hierarki tertinggi mahkamah syariah bagi mendengar kes-kes Rayuan & Semakan Syariah dari Mahkamah Rayuan Syariah Perak.